Video| Setan betul! Jiran sebelah simbah cecair ke tingkap rumah! Bau hancing! Dipercayai air kencing!

Published by
KitaReporters


SEBAGAI jiran kita perlu menghormati privasi dan ketenteraman jiran-jiran lain agak keharmonian itu dapat diamalkan sampai bila-bila kerana kita berjiran bukanlah sehari dua tetapi selama-lamanya.

Namun tular dalam TikTok sebuah video memaparkan perangai seorang jiran yang dilihat sangat kurang ajar dengan melakukan perkara yang tidak sepatunya kepada jiran sebelah rumahnya.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan keadaan hidup berjiran


Pada mulanya pemilik rumah tersebut berkongsi bahawa sebelum ini tingkap hadapan rumah mereka sering kali dibasahi cecair asing yang berbau hancing seperti air kencing.

Bukan itu sahaja beliau juga berpendapat bahawa jin ataupun syaitan yang melekat pada tingkap rumah tersebut kerana bau air kencing itu tidak hilang.

Disebabkan itu juga dinding rumahnya turut rosak dan berkulat kerana kerap mencuci kotoran tersebut. 

Bagi mencari jawapan kepada kes ini, tuan rumah ini memasang kamera litar tertutup (CCTV) untuk mendapat kepastian tentang situasi yang berlaku.

"Baru-baru ni rasa tak puas hati. Setiap kali kami tiada di rumah perkara ini akan terjadi. Terfikir nak letak kamera untuk rekod apa yang berlaku," tulisnya.



Apa yang mengejutkan rupa-rupanya cecair tersebut adalah perbuatan khianat jiran sebelahnya sendiri yang menyimbah secawan cecair ke arah tingkap rumahnya itu.

Warga maya yang melihat video ini berasa sangat geram dan berang di atas tindakan kurang ajar jirannya ini yang melakukan khianat ini dengan tiada belas kasihan.

Aduilah ada juga jiran yang berperangai begini! - KitaReporters

17
12
0
10
1

Copy Link: