Video| Tahniah Reen Rahim! Sah jadi isteri ahli perniagaan Ahmad Nur Hazim! Terima mas kahwin RM1,988!

Published by
KitaReporters


HARI berbahagia yang dinanti tiba apabila pelakon Reen Rahim, 34, selamat bergelar isteri ahli perniagaan, Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin, 28, pada 9.05 malam, Sabtu, 24 Disember 2022 dengan sekali lafaz. 

Dalam majlis yang berlangsung di Boraombak Marina, Putrajaya, pasangan itu dinikahkan oleh bapa Reen, Abdul Rahim Abdul Kadir di hadapan Pendaftar Nikah Putrajaya, Hafizan Ibrahim.

Pihak lelaki memberi lima dulang hantaran dan dibalas tujuh oleh pengantin perempuan.

Lagi cerita-cerita menarik berkaitan majlis-majlis perkahwinan



Pada majlis itu, Reen atau nama sebenarnya, Noreen Ashikin Abdul Rahim menerima mas kahwin sebanyak RM1,988 serta sedulang emas

Majlis akad nikah bertemakan rona putih itu dihadiri kira-kira 400 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga kedua-dua belah pihak. 


Reen didampingi ibu atas pelamin sementara Ahmad Nur Hazim tenan melafazkan akad

Antara barang hantaran (kanan) sementara Reen dan ibu mengaminkan doa

Pasangan ini akan diraikan pada satu majlis resepsi di Ruscus Hall Forest Valley, Bandar Mahkota Cheras, Kuala Lumpur pada malam ini, Ahad, 25 Disember 2022.

Sebelumnya pada Jumaat, 23 Disember 2022, Reen mengadakan majlis malam berinai bertemakan Bollywood di sebuah lokasi di Hulu Langat, Selangor.


Mereka berkenalan sejak dua tahun lalu sebelum bertunang pada 12 Ogos 2022 lalu. Namun pertunangan mereka dirahsiakan atas permintaan keluarga.

Keseluruhan tiga majlis iatu berinai, akad dan resepsi mendapat tajaan sebanyak RM15 juta daripada pelbagai pihak.

Walaupun sudah berkahwin, ia tidak menyekat Reen untuk terus berlakon dengan mendapat keizinan suami. Reen mendapat petunjuk calon suami ketika menunaikan umrah bersama ayah dan ibu di Mekah beberapa bulan lalu. - KitaReporters



14
18
0
12
0

Copy Link: