Berita Terkini| Pemuda maut tergelincir, terjatuh dari kondo! Dipercayai minum minuman keras!

Published by
KitaReporters

Mangsa yang dipercayai tergelincir dari tingkat 14 sebuah kondominium di Tanjong Tekong, Pulau Pinang ditemukan maut di tingkat lima. - Kredit foto: Utusan Malaysia


SEORANG lelaki berusia 26 tahun maut setelah terjatuh dari koridor tingkat 14 sebuah bangunan kondominium di Tanjung Tokong, Georgetown, Pulau Pinang dalam kejadian kira-kira 1.30 pagi, 2 Mei 2021.

Mangsa, ditemukan dalam keadaan terlentang di tingkat lima bangunan berkenaan dan terdahulu kejadian disedari salah seorang rakannya yang melihat mangsa berada di koridor sebelum dipercayai tergelincir.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, berdasarkan siasatan awal mangsa bersama tujuh kawannya termasuk rakan sekerja menginap di rumah inap (homestay) di sebuah kondominium bagi raikan cuti umum Hari Pekerja.

“Maklumat awal diperolehi, mereka sedang minum termasuk minum minuman keras sebelum mangsa tergelincir jatuh. Bagaimanapun, kita akan dapatkan maklumat lanjut daripada rakan-rakannya sama ada terdapat unsur jenayah atau sebaliknya.

“Tujuh rakannya akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) untuk diambil keterangan. Polis juga menyiasat sama ada mereka berada di bawah pengaruh dadah atau tidak.

“Setakat ini, kes diklasifikasikan mati mengejut dan akan menunggu keputusan bedah siasat akan dijalankan di Unit Forensik Hospital Pulau Pinang sejurus selesai ujian saringan Covid-19,” katanya dipetik oleh Utusan Malaysia, 2 Mei 2021. KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter


0
1
0
0
0

Copy Link: