Latihan sempena Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet PALAPES Universiti Awam (UA) ke-41 mulai 21 Ogos hingga 9 September 2023.

Langkah semangat ketika masuk ke padang kawad UUM. 

Seramai 1,499 Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Awam (UA) ke-41 telah memulakan latihan sempena Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet Palapes Universiti Awam (UA) ke-41 mulai 21 Ogos hingga 9 September 2023.

Kesemua mereka ini bakal ditauliahkan sebagai Pegawai Muda Dalam Rejimen Askar Wataniah nanti.

Tinjauan sekitar kampus UUM memperlihat pegawai-pegawai kadet ini sibuk dengan persiapan latihan dan masing-masing tidak sabar ditauliahkan selepas tiga tahun mereka mengikuti latihan.

Pastinya pentauliahan ini akan membolehkan mereka terlibat secara aktif dalam aktiviti dan latihan askar wataniah agar pengetahuan ketenteraan yang dimiliki dapat dikembangkan dan digunakan dengan sebaiknya nanti. - KitaReporters



Tegap dan kemas ketika menyertai perbarisan.

Rentak langkah semasa perbarisan ketika letihan dijalankan.


Pastinya latihan ini menjadi kekuatan untuk melengkapkan diri sebagai persiapan terakhir sebelum majlis pentauliahan.

Bersedia sebelum menjalani latihan.

14
15
0
6
0

Copy Link: