Kredit gambar: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) 


Pelajar Ijazah Sarjana Muda Hadis daripada Fakulti Al-Quran dan Sunnah, Maryam Razali dinobatkan Naib Johan bagi kategori Hafazan 1 hingga 30 Juzuk (perempuan) di Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran peringkat Wilayah Persekutuan (MTHQWP) 2023 pada 26 hingga 28 Oktober 2023 lalu.

Rektor KUIPs Prof Dr Muhamad Rozaimi Ramle berkata, kejayaan ini bukan sahaja mengembirakan warga kampus malah menunjukkan kemampuan mereka pada peringkat kebangsaan.

“Saya yakin lebih banyak kecemerlangan dan kemenangan akan dicipta oleh pelajar-pelajar KUIPs yang kini telah berusia 10 tahun penubuhannya,” sambung beliau lagi.


 

Maryam Razali dinobatkan Naib Johan bagi kategori Hafazan pada Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran peringkat Wilayah Persekutuan (MTHQWP)



Maryam adalah antara 35 peserta yang menyertai pertandingan ini yang dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu kategori 1 (1 hingga 10 juzuk), kategori 2 (1 hingga 20 juzuk) dan kategori 3 (1 hingga 30 juzuk).

Pertandingan pada tahun ini yang bertemakan memartabatkan kitab suci al-Quran sebagai panduan dan rujukan umat islam, menampilkan format persembahan melalui slot Ibrah al-Quran yang disertakan dengan visual 3D sebaik sahaja peserta selesai menyempurnakan bacaan mereka.


Maryam dua dari kanan bergambar dengan Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Sementara itu Maryam yang ditemui berkata, kemenangan ini bukan sahaja untuk diri dan keluarga malah kejayaan ini adalah atas bimbingan kalangan pensyarah dan warga KUIPs.

“Saya berterima kasih kepada pengurusan kolej dan rakan-rakan yang sentiasa memberi sokongan dan semangat sepanjang penyertaan saya ini,” sambungnya lagi.

Turut berlangsung di majlis ini ialah kategori tilawah yang disertai wakil dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan.

Majlis penutupan dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dato’ Setia Dr Mohd Na’im Mokhtar. - KitaReporters


Maryam menyertai pertandingan yang dianjurkan baru-baru ini. - Kredit gambar: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)


 

 

 

 

 

 

 

 

 

11
12
0
12
0

Copy Link: