BRTEPATAN dengan slogan ‘University for Society (U4S)” yang digagaskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui Pusat Kelestarian dan Kesejahteraan (C4SS) menyahut saranan dengan menganjurkan Program Inkubator Kobun Pokan di Program Perumahan Rakyat (PPR) Intan Baiduri, Kepong Utara, Kuala Lumpur.

Sejumlah 50 set lengkap hidroponik kobun pokan yang ditaja oleh Bursa Malaysia disumbangkan kepada 50 buah keluarga PPR Intan Baiduri.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan sayur-sayuran


Prof Dato’ Dr Muhammad Tauffik Mohd Noor, Pengarah Pusat Libatsama Masyarakat dan Jaringan Industri (PLiMJI) berkata, program Inkubator Kobun Pokan adalah suatu inisiatif para penyelidik di USIM yang telah berjaya menghasilkan set hidroponik yang unik dan mempunyai ciri-ciri tersendiri dan menarik.  

Set ini telah mendapat status hak cipta (copyright) dan sedang diusahakan untuk mendapat pendaftaran paten (patent)

Set Kobun Pokan telah dihasilkan di dalam beberapa reka bentuk dan saiz serta telah dilaksanakan di beberapa institusi dan perumahan komuniti di Negeri Sembilan.

“Produk yang unik ini bukan sahaja tidak memerlukan ruang yang besar, malah kos penyelenggaraannya juga adalah rendah. Sekiranya ia dijaga dan diusahakan dengan baik, maka para penerima dan keluarga dapat menikmati sayuran yang segar, selamat dan semestinya membekalkan nutrisi bagi kesihatan tubuh badan. 

"Ini seterusnya penting bagi mengurangkan kos langsung perbelanjaan dapur, di samping dapat melahirkan generasi yang sihat dan semestinya menjadi aset penting kepada negara”, tambah beliau lagi.



Misi dan usaha pembangunan sosioekonomi masyarakat adalah antara hala tuju utama pengurusan, pendidikan dan penyeldikan di USIM. 

Dalam usaha merakyatkan universiti melalui model “Quadruple Helix Engagement” memperlihatkan, kelestarian hubungan antara universiti, kerajaan, industri dan komuniti dalam memberi impak kepada masyarakat bagi membentuk perubahan ilmu pengetahuan, sikap, kemahiran dan aspirasi. 

Turut hadir ke majlis penyerahan ini adalah Prof. Madya Dr Mohd Zin Kandar, Pengarah C4SS USIM; Izzat Hafizuddin, Setiausaha Jawatankuasa Agihan Zakat Bursa Malaysia; dan Zulkifli Abdullah, Pengerusi Persatuan Penduduk PPR Intan Baiduri. - KitaReporters/USIM


13
11
0
5
0

Copy Link: