Muhammad Najmi Aiman Nordin dan Muhammad Hazim Mat Rosli mengharumkan nama universiti apabila mereka mendapat Johan dan Naib Johan dalam Pertandingan Video Pendek Sempena Bulan Kebangsaan 2023 anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi baru-baru ini. 

“Idea tercetus melalui serangkap sajak merdeka yang dibaca dan menghayati perjuangan dalam perpaduan bangsa dan laungan “Merdeka” oleh “Bapa Kemerdekaan” setiap kali menjelang bulan Ogos”, berkata Muhammad Najmi yang dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Video Pendek Sempena Bulan Kebangsaan 2023.  

Muhammad Najmi tidak menyangka bahawa kejayaan tersebut menjadi miliknya dan kejayaan ini semakin mendorongnya minatnya terhadap videografi. 



Anak kedua daripada tiga beradik ini kelahiran Kulai, Johor menyatakan bahawa ibu dan bapanya antara insan yang sentiasa memberi galakkan untuk berkecimpung lebih serius dalam bidang seni videografi.

Penuntut tahun dua jurusan al-Quran dan Sunnah Universiti Sains  Islam Malaysia (USIM) ini mengambil masa tiga minggu secara keseluruhannya untuk menyediakan jalan cerita, penggambaran dan satu minggu untuk proses suntingan.  

Pertandingan Video pendek anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi yang dianjurkan sempena bulan kebangsaan mendapat sambutan yang menggalakkan dan peserta perlu memuat naik video tersebut ke aplikasi media sosial TikTok. 

Video yang  dihasilkan berdurasi 1 minit mendapat tontonan sejumlah 24.1k dalam aplikasi Tik Tok.  



Pertandingan yang sama turut disertai seorang lagi pelajar USIM Muhammad Hazim Mat Rosli, yang mendapat tempat kedua yang juga rakan seperjuangan Najmi dan kedua-duanya adalah ahli Kelab Seni Budaya USIM. 

“Saya suka akan cabaran, sebab itu saya ingin menonjolkan kelainan kerana saya tidak mahu video saya sama seperti orang lain dan pembikinan video ini agak sukar untuk dihasilkan kerana mempunyai mesej yang tersirat untuk difahami," ujarnya lagi.

Hazim turut menyatakan bahawa kemenangannya kali ini merupakan anugerah keempat yang diterima pada tahun ini (2023). 

Minatnya dalam terhadap videografi menjadikan Hazim lebih berdisiplin dengan aktiviti hariannya sebagai mahasiswa dan dalam pada yang sama terlibat aktif dalam pembikinan klip video program dan anjuran dalam dan luar universiti.  



Pengarah Pusat Kebudayaan USIM, Ismail Ahmed menyifatkan bahawa kejayaan yang diperoleh oleh Kelab Seni Budaya USIM adalah contoh terbaik generasi muda  dalam memainkan peranan dengan menggunakan kaedah seni visual untuk menyuntik semangat patriotik kepada masyarakat. 

Penyampaian hadiah kepada pemenang telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Dato' Mohammad Yusof Apdal pada majlis penutup sambutan bulan Kebangsaan peringkat Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi. Pertandingan video pendek anjuran KPT telah bermula pada tahun 2022 pada kali ini merupakan penganjuran kali kedua bertujuan memberi peluang kepada mahasiswa Universiti berkarya mengikut kreativiti dan zahirkan ekspresi merdeka mereka. - KitaReporters/USIM


7
9
0
10
0

Copy Link: