Video| Ungu terus unggul! Tahniah pasukan rumah ungu SK Taman Desa menang! Raih juara keseluruhan!

Published by
KitaReporters

Peserta pasukan ungu menunggu giliran untuk perbarisan.


Murid yang menyertai acara larian.


WAH untungnya pasukan ungu Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Desa , Bandar Country Homes, Rawang apabila menang bergaya dengan merangkul juara keseluruhan dalam tiga acara sempena sukan tahunan sekolah itu pada 28 Oktober 2023.

Pasukan itu berjaya muncul sebagai Juara Keseluruhan, dan turut memenangi Johan Sukantara dan Johan Perbarisan dengan pelajarnya muncul dalam serba ungu sebagai maskotnya yang menggambarkan bunga orkid sangat gemerlapan warnanya.

Atlet rumah sukan itu juga turut meraih banyak pingat emas, perak dan gangsa dalam acara sukan yang berlangsung di padang sekolah itu, hampir sebulan sempena memeriahkan sambutan sempena Minggu Sukan Negara.


Maskot pasukan ungu.


Tahniah.... Piala Johan Perbarisan pasukan ungu simpan.


Acara sukan itu bermula pada 4 Oktober. Pingat yang dimenangi rumah ungu termasuk dua emas yang dimenangi lapan murid dalam acara larian 4X100 meter mewakili darjah empat dan lima, manakala perak dalam acara yang sama juga - larian 4X100 perempuan mewakili darjah lima.  

Turut dipertanding dalam sukan itu yang membabitkan lima pasukan mewakili darjah satu hingga enam ialah lontar peluru, lompat jauh, lompat tinggi, larian 100 dan 200 meter. 


Sebahagian murid yang mengambil bahagian.


Yeayyy kamilah juara.... Bersama guru pelatih TESL, Mohd Affiq Dzulfakry Thani (kanan).


Pasukan ungu adalah salah satu kumpulan yang diwakili darjah tiga, empat, lima dan enam. Mereka menampilkan bakat dan semangat kesukanan yang jitu dan hasil gabungan kerjasama itu muncul sebagai salah satu pasukan cemerlang.

Rumah sekolah mula menjalani latihan sejak sebulan lalu sebelum menyertai acara. Atlet sekolah itu juga berpeluang memeriahkan sambutan Hari Sukan Negara yang diadakan di Kota City Anggun Rawang. 

Pihak sekolah mengucapkan tahniah dan jutaan terima kasih kepada semua guru termasuk rumah unggu itu, sambil menyifatkan kejayaan itu adalah hasil usaha setiap orang yang memikul tanggungjawab dan saling membantu. 

Guru dipuji gigih menyemarakkan semangat kesukanan. - KitaReporters


Sebelum bertanding semua buat latihan senaman ringan dulu.


Kamilah juara... Pasukan ungu bersorak meraikan juara keseluruhan.


14
17
0
13
0

Copy Link: