Jangan lepas peluang! Program Biasiswa Maxis kembali! Ada tiga kategori biasiswa! Mohon sekarang!

Published by
KitaReporters


Selaras dengan komitmen untuk melabur dalam pembangunan bakat untuk negara melalui pendidikan, Program Biasiswa Maxis 2023 kembali dan permohonan kini dibuka kepada semua pelajar Malaysia.

Siswazah boleh memilih untuk memohon di bawah tiga kategori: Biasiswa Sarjana Muda Pemimpin Muda Maxis, Biasiswa Sarjana Muda Teknologi Maxis dan Biasiswa Sarjana Muda Wanita Teknologi Maxis.

Seramai 16 bakal pemegang biasiswa akan dipilih berdasarkan rekod prestasi akademik mereka, penyertaan aktif dalam aktiviti kokurikulum, serta kemahiran kepimpinan dan interpersonal yang mantap. 

Pelajar digalakkan melayari https://bit.ly/2023MaxisSP untuk mengetahui lebih lanjut tentang kelayakan dan cara permohonan.

“Dengan kemajuan pesat dalam teknologi seperti 5G, kami menawarkan potensi kerjaya yang luas dan pelbagai prospek pekerjaan melalui program biasiswa kami. 

"Ini merupakan peluang berharga untuk bakal pemimpin terutama dalam bidang telekomunikasi atau ruang teknologi, jadi kami menggalakkan para pelajar untuk mulakan proses permohonan mereka,” kata Natalia Navin, Ketua Pegawai Sumber Manusia Maxis.

Program Biasiswa Maxis menawarkan bantuan kewangan dalam yuran pengajian dan faedah lain yang berkaitan dengan perbelanjaan sara hidup, pelbagai peluang latihan dengan Maxis dan syarikat gabungannya, pekerjaan dengan Maxis selepas tamat pengajian, dan peluang jaringan hubungan eksklusif.

Sejak diperkenal pada 2020, Program Biasiswa Maxis telah membiayai lebih 50 pelajar Malaysia di seluruh negara untuk meneruskan cita-cita pengajian tinggi mereka. 



Inilah yang dikatakan oleh beberapa pemegang biasiswa Maxis:

“Perjalanan saya sebagai pemegang biasiswa Maxis merupakan pengalaman yang transformatif, merangkumi peluang yang tidak ternilai dalam bidang seperti kepimpinan dan jaringan hubungan,” – Ryan Yew, Pemegang Biasiswa Pemimpin Maxis 2022.

“Melalui biasiswa ini, saya bertuah  dapat melibatkan diri dalam program latihan yang mendalam dan pelbagai inisiatif teknikal.” - Zahra Norhisham, Pemegang Biasiswa Wanita Teknologi Maxis 2021.

“Dengan biasiswa Maxis, saya dapat menumpukan perhatian untuk mengejar matlamat pendidikan saya untuk belajar sebanyak mungkin tentang keselamatan siber,” – Lik Ken, Pemegang Biasiswa Teknologi Maxis 2021. - KitaReporters/Kenyataan Media

17
9
0
13
0

Copy Link: