Seramai 1,488 Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Awam Ke-41 akan ditauliahkan pada 9 September 2023 di Padang Kawad PALAPES Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Dewan Mu’adzam Shah, UUM Sintok, Kedah.

Tengku Sarafuddin Badlishah Ibni Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Raja Muda Kedah berkenan mencemar duli pada Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet PALAPES UA Ke-41 tahun 2023 ini.


Pegawai Kadet PALAPES yang ditauliahkan sedang menjalani raptai.
Saat dinantikan oleh pegawai-pegawai kadet PALAPES Darat, Udara dan Laut pada 9 September ini untuk ditauliahkan.

Kesemua pegawai kadet masing-masing terdiri daripada 861 (Darat), 287 (Laut) dan 340 (Udara) akan menerima watikah Tauliah sebagai Leftenan Muda di dalam Rejimen Askar Wataniah, Pasukan Simpanan TLDM, Pasukan Simpanan TUDM.

Program tahunan ini melibatkan semua 20 Universiti Awam (UA) di negara ini. 


PALAPES Darat menyertai raptai di padang kawad UUM.
PALAPES Laut yang akan ditauliahkan nanti.
PALAPES Udara yang akan turut ditauliahkan nanti.

Sementara itu Naib Canselor UUM, Prof Dr Mohd Foad Sakdan mengalu-alukan semua ibu bapa dan penjaga yang hadir  meraikan pegawai kadet PALAPES.

"Saya mengharapkan ibu bapa dan penjaga yang hadir akan selesa dan mengambil kesempatan untuk mengenali UUM.

"UUM ada padang golf 18-lubang, taman rusa, kolam renang bertaraf olimpik, padang bola yang terurus dan pelbagai kemudahan lain," katanya. - KitaReporters


Bakal Leftenan Muda sempat melemparkan senyuman.
PALAPES Darat sempat berbual selepas menjalani raptai.

14
10
1
9
0

Copy Link: