SERAMAI 26 pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT) daripada program Sarjana Muda dan Asasi STEM bertuah telah kerana terpilih menerima sumbangan bantuan daripada Yayasan Pelajaran Mara (YPM) dalam satu Majlis Penyerahan Sumbangan yang diadakan di Hotel Paya Bunga,Kuala Terengganu, pada 6 Februari 2023.

Sumbangan Yayasan Pelajaran Mara berjumlah keseluruhan RM91,000.00 ini melibatkan tiga kategori bantuan iaitu pertama, Skim Dana Ehsan YPM tajaan Ekuinas melibatkan 10 orang penerima dengan jumlah RM25,000; kedua, Bantuan One -Off Dip/Degree YPM tajaan Tertiari Maybank melibatkan 6 orang pelajar dengan nilai RM36,000; dan terakhir, Bantuan One-Off Asasi tajaan YPM melibatkan 10 orang penerima dengan nilai RM30,000.

Majlis Penyerahan dimulakan dengan penyerahan Cek Cura Sumbangan Yayasan Pelajaran oleh Faisalludin Mohamat Yusuff, Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Pelajaran Mara kepada Profesor Dr. Mohd Izani Mohd Zain, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal pelajar dan Alumni diikuti dengan penyerahan cek cura kepada keseluruhan 26 orang pelajar.


Faisalludin Mohamat Yusuff (tengah) beramah mesra dengan pelajar UMT yang menerima sumbangan daripada Yayasan Pelajaran MARA


Menurut Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal pelajar dan Alumni, pemilihan pelajar telah dibuat secara berperingkat-peringkat oleh pihak pengurusan HEPA UMT pada September dan Oktober 2023 lalu dengan mengambil kira kriteria utama iaitu pelajar kategori B40 di mana purata pendapatan keluarga adalah RM1,500 ke bawah. 

Usai sesi saringan, pihak HEPA juga telah mengadakan sesi temu duga kepada pelajar-pelajar ini. 

Dalam ucapan aluan beliau turut berharap, para pelajar yang menerima bantuan ini akan memanfaatkan sepenuhnya sumbangan dan menumpukan pengajian mereka bagi memastikan pengajian di UMT dapat diselesaikan dengan jayanya. - KitaReporters

 

12
18
0
13
0

Copy Link: