Booth Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) di Perkampungan Sunnah Siri ke-9 di Masjid Alwi, Kangar menjadi tumpuan sejak awal pagi di hari pertama, 3 Mei sehingga 5 Mei 2024.

Mereka mendapatkan maklumat daripada pegawai-pegawai bertugas mengenai maklumat pengajian, Wakaf Jamalullail dan bergambar serta bertanya soalan dalam sesi ‘Meet Our Experts’ bersama Rektor KUIPs Prof Dr Muhamad Rozaimi Ramle pada tengah hari.

Manakala pada sesi pagi pengunjung juga berpeluang mendapatkan maklumat mengenai Konsultansi Percuma mengenai Pengurusan Harta Pusaka Islam dan Undang-undang Kekeluargaan Islam.


Orang ramai mengambil peluang untuk bergambar di Reruai KUIPs.

Ikon KUIPs Amin Idris dan pelakon Sabri Yunus di Reruai KUIPs.

Pengunjung juga berpeluang untuk bertemu dengan Dekan Fakulti Pengajian Islam KUIPs Prof Dr Basri Ibrahim dan Pengarah Pusat Islam KUIPs Ustaz Roesfan Sazzerin Mohd Sofi.

Kemunculan Ikon KUIPs Amin Idris bersama artis Sabri Yunus di Booth KUIPs pada sesi petang memperlihat kemeriahan Perkampungan Sunnah.

Pada sesi malam pula Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim menjadi tumpuan ketika menyampaikan ucap utama pada Perkampungan Sunnah tersebut. - KitaReporters


Anwar Ibrahim memberi ucaptama sempena Perkampungan Sunnah Siri Ke-9.


Mufti Negeri Perlis, Dato’ Arif Perkasa Prof Dr Mohd Asri Zainul Abidin.


Perdana Menteri di Perkampungan Sunnah Ke-9 di Masjid Alwi, Kangar.

16
19
0
11
0

Copy Link: