Fakulti Kejuteraan (FK) Universiti Putra Malaysia (UPM) melaksanakan projek PutraWASH (Water, Sanitation, & Hygiene) iaitu binaan fasiliti cucian tangan berintegrasi rawatan air kelabu menggunakan reka bentuk blok salingkunci (interlocking block design), dengan konsep bina sendiri di dua buah sekolah terpilih di Selangor iaitu SK Sungai Choh, Hulu Selangor dan SMK Seri Garing, Rawang.

Projek yang diketuai Pensyarah Jabatan Kejuteraan Awam, FK UPM, Ts. Dr. Nor Azlina Alias ini adalah sebuah fasiliti yang dibina sekitar kawasan pintu utama sekolah bagi memastikan pelajar berada dalam kondisi paling minimum dalam menjadi agen penyebar virus.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan reka cipta dan inovasi


"Fasiliti yang dibina mempunyai keistemewaan kerana sistem rawatan air kelabu ini telah diintegrasi bagi memastikan sisa air telah dirawat sebelum aliran ke longkang berhampiran bagi mengurangkan pembuangan bahan tercemar.

"Apa yang istimewanya adalah, fasiliti ini mengambil kira aspek kelestarian kerana bahan yang digunakan daripada lapisan tanah, pasir, karbon teraktif dan kerikil. 

"Bukan itu sahaja, fasiliti ini dilengkapi dengan 'planter box' bagi membolehkan tumbuhan bersesuaian hidup dengan penjagaan yang minimum," kata Dr. Nor Azlina.



Program kejuteraan awam di dua buah sekolah ini mengambil masa dua hari di SK Sungai Choh dan tiga hari di SMK Seri Gading kerana model dan saiz yang berbeza pembinaanya.

Bagaimanapun, Program PutraWASH ini adalah sebuah langkah pencegahan dan kawalan jangka panjang bagi meningkatkan kesihatan serta wabak penyakit yang mengancam nyawa pelajar sekolah lagi-lagi ketika penularan wabak Covid-19 sehingga wujudnya kluster pendidikan.



Selain itu, Dr. Nor Azlina berharap agar fasiliti yang dibina ini dapat memberi menfaat kepada komuniti sekolah dalam mengawal penyebaran virus dan kesedaran tentang mencuci tangan dengan betul. 

"Terima kasih kepada UMW Holdings Bhd., PZK Sdn. Bhd., On9 Engineerings Sdn. Bhd. dan Tasblok (M) yang memberi sokongan dan menyumbang dana untuk menjayakan progam ini," katanya. - KitaReporters/UPM


10
15
0
13
0

Copy Link: