Prof Dr Fadzli Adam


PUSAT Pemberian Vaksin (PPV) Integrasi Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) mencatat sejarah apabila berjaya memberikan suntikan kepada 39,258 penerima vaksin secara percuma kepada penduduk di Negeri Terengganu

UniSZA yang menjadi universiti awam pertama di negeri tersebut yang diberi tanggungjawab oleh kerajaan menjalankan aktiviti pemberian vaksin COVID-19 mula beroperasi pada 9 Jun 2021 dan khidmat terakhir pada 6 Oktober 2021 lalu.

Naib Canselor UniSZA, Prof Dr. Fadzli Adam, berkata dalam tempoh 77 hari ia beroperasi seramai 39,258 penerima telah menerima suntikan dos pertama dan 38,201 menerima suntikan dos kedua.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan UniSZA

Penerima suntikan vaksin terakhir di UniSZA, Romaizi Mustafa. - Kredit foto: UniSZA


Katanya, aktiviti pemberian vaksin tersebut adalah satu sumbangan yang amat besar yang telah diberikan oleh PPV Integrasi UniSZA kepada komuniti dalam membantu melawan pandemik COVID-19.

“Ia juga adalah suatu bentuk kolaborasi yang unik bersama-sama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), COVID-19 Immunisation Task Force (CITF), ProtectHealth Corporation Sdn Bhd dan juga UniSZA Holdings Sdn Bhd,” katanya pada Majlis Penutup Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Integrasi UniSZA, pada 6 Oktober 2021 di Dewan Al-Muktafi Billah Shah.


Dr Fadzli (tiga dari kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada petugas barisan hadapan


Katanya, seramai 400 orang kakitangan UniSZA telah terlibat sebagai petugas dan turut dibantu dengan 20 orang sukarelawan MYVAC Kementerian Belia dan Sukan yang terdiri daripada pelajar UniSZA dan bukan UniSZA.

“Alhamdulillah, sejak PPV ini dibuka, mereka bertugas hampir setiap hari termasuklah pada hari cuti umum tanpa mengenal penat Lelah demi menjayakan program imunisasi kebangsaan.

“Saya ucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh tenaga kerja, petugas serta sukarelawan PPV Integrasi UniSZA yang telah mengorbankan masa dan tenaga dalam menjayakan program imunisasi ini”, katanya.

Majlis penutup itu turut meraikan penerima vaksin yang terakhir iaitu Romaizi Mustafa, 55, dengan memberi suntikan dos kedua kepada beliau dia atas pentas sambil disaksikan oleh petugas dan sukrelawan PPV. - KitaReporters


UniSZA meraikan usaha petugas barisan hadapan pada majlis penutupan Pusat Pemberian Vaksin (PPV)

11
16
1
9
0

Copy Link: