Artis Zarina Zainuddin telah dianugerahkan HQC Global Brand Awards (HGBA) bagi 2022/2023 sempena Pameran Peruncitan dan Francais Antarabangsa Malaysia atau Malaysia International Retail and Franchise (MIRF) Exhibition 2022 yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), Kuala Lumpur baru-baru ini. 

Beliau yang  mewakili syarikatnya Addura Marketing Sdn Bhd antara usahawan yang terpilih menerima anugerah yang sama dan turut mengambil bahagian bersama-sama  400 pempamer tempatan serta luar negara

Jualan berfokus kepada industri peruncitan dan francais bermula dari 14 hingga 16 Julai 2022.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan perniagaan francais


Zarina Zainuddin dari Addura Marketing Sdn Bhd terpilih antara 14 syarikat penerima Anugerah HQC Brand Awards 2022 yang berlangsung sempena Pameran Runcit dan Francais Antarabangsa Malaysia 2022 (MIRF Exhibition 2022) di KLCC baru-baru ini.


Pengerusi Panel Jawatankuasa Penganjur HQC Global Brand Awards (HGBA) Dato’ Khairul Shahril Hamzah berkata, selain Zarina sebanyak 14 syarikat turut menerima pengiktirafan tersebut. 

Tujuannya membantu meningkatkan kredibiliti syarikat dan jenama terus berkembang selepas hampir dua tahun berhadapan dengan pandemik Covid-19.

“Sejak tiga bulan lalu negara sudah memasuki fasa peralihan endemik dan peluang menyertai pameran ini sebaiknya digunakan oleh para usahawan untuk terus mengembangkan perniagan masing-masing ke peringkat global.

“Pengiktirafan yang disampaikan pada hari ini sebagai tanda memperkasa dan menyokong pembangunan syarikat khususnya yang terlibat di dalam industri peruncitan dan francais dengan menjadikan pameran MIRF 2022 sebagai satu platform untuk terus berdaya maju kerana mereka telah mempunyai rekod prestasi yang cemerlang.

“Sokongan penyertaan 10 buah negara luar termasuk Korea Selatan, Singapura, Taiwan, India, Pakistan, Jepun, Cyprus dan Filipina adalah bukti sempadan perdagangan kini sudah terbuka. 

"Pameran MIRF 2022 menyasarkan transaksi jualan sebanyak RM90 juta yang melibatkan kehadiran pengunjung seramai 15,000 orang,” ujarnya ketika ditemui selepas majlis.

Pengerusi Biro Korporat Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) Dato’ Seri Muhamad Khanafi Husin telah menyampaikan ucaptama dan menyampaikan anugerah kepada para penerima anugerah. Turut serta menyampaikan anugerah tersebut ialah Dato’ Seri Dr. Hilmi Yahaya mantan Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia.


14 syarikat penerima Anugerah HQC Brand Awards 2022 yang berlangsung sempena Pameran Runcit dan Francais Antarabangsa Malaysia 2022 (MIRF - Malaysia International Retail and Franchise Exhibition 2022) di KLCC baru-baru ini.


Khairul menambah, HQC Global Brand Awards merupakan anugerah khas untuk menghargai pencapaian syarikat-syarikat pelanggan HQC Commerce Sdn Bhd (HQC).

“HQC merupakan rakan strategik kepada akademi halal antarabangsa Malaysia yang bernaung di bawah Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM)

"Lebih 1000 buah syarikat telah dibantu dalam perkhidmatan rundingan dan latihan pembangunan berkaitan pensijilan halal. Selain itu HQC turut memberikan khidmat runding cara berkaitan Skim Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI), Good Manufacturing Practise (GMP) dan Hazard Analysis and Critical Control Points (HACCP).

“Sebanyak lapan jenis anugerah pengiktirafan telah disampaikan kepada syarikat antaranya Halal Excellence Brand, Halal Emerging Brand, Halal Quality Health Brands, Halal Honesty and Trusted Enterprises

"Antara kriteria utama bagi penerima pencalonan anugerah ini merupakan pemegang sijil halal yang sah dan diiktiraf oleh JAKIM, mempunyai rekod perniagaan yang baik tanpa sebarang isu berkaitan halal dan mempunyai tadbir urus perniagaan yang baik," katanya lagi



Penerima anugerah yang lain termasuk HL Restaurant and Cafe, JV Food Culture (Haruka Bakery), Mama Global International Sdn Bhd dan Madam Grace Kitchen.

“Pada pameran kali ini, buat julung kalinya HQC turut menyediakan HQC Halfex Pavillion untuk memberi peluang penerima anugerah mempamer produk jualan masing-masing. HQC Halflex Pavilion ini merupakan pengenalan kepada penganjuran Halal Food Exhibition (HALFEX) yang akan diadakan pada tahun hadapan (2023),” ujarnya. 

Beliau turut memaklumkan HQC bekerjasama dengan Alliance Islamic Bank yang membolehkan para penerima anugerah menyertai program #sapotlokal yang menyediakan hebahan secara percuma produk dan perkhidmatan kepada dua juta pelanggan bank terbabit. - KitaReporters


Buat pertama kalinya, HQC Halflex Pavilion mengambil bahagian sebagai pengenalan kepada penganjuran Halal Food Exhibition (HALFEX) yang akan diadakan pada tahun hadapan.

13
6
0
12
0

Copy Link: