Pengarah YEG, dari kiri Azizulhakim Suhaimi dan Hasan Ithnin dan PU Amin semasa pelancaran YEG Pesta Sambung Belajar 2023, yang berlangsung di Purajaya pada 17 Januari 2023 lalu.


FASA belajar di universiti atau pada peringkat tinggi adalah zaman paling menyeronokkan. Bayangkan ketika itu tumpuan hanya perlu diberikan kepada pembelajaran semata-mata.

Sayangkan peluang itu tidak ramai yang menggunakan apabila kajian terbaharu dijalankan pada hujung 2022 lalu mendapati 72 peratus pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lagi berminat untuk menyambung belajar.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan sambung belajar



Situasi berkenaan sekiranya dibiarkan bakal memberi risiko kepada negara sekali gus menyebabkan negara pada masa depan apabila kekurangan tenaga profesional.

Mengambil insiatif untuk selesai permasalahan tersebut, YEG Academy, sebuah platform yang menawarkan pelbagai bidang menyambung pengajian bagi lepasan SPM tampil menawarkan beberapa program pendidikan menerusi YEG Pesta Sambung Belajar #belajarteruskerja yang bersesuaian dan mampu memenuhi keperluan semasa.



Bagi pengarah Urusan YEG Academy, Azizul Hakim Suhaimi berkata, pihaknya mengambil tanggungjawab untuk mengurangkan peratusan pelajar yang tidak mahu sambung belajar dengan menawarkan program-program pengajian yang berdaya saing dalam pasaran kerja. 

Berbeza dengan kolej tempatan lain, katanya, semua silibus pelajaran disusun dalam setiap program yang ditawarkan adalah hasil revolusi dan inovasi yang bersesuaian dengan permintaan dunia kerja hari ini.



Sebanyak empat program yang ditawarkan iaitu Diploma Pengurusan Haji dan Umrah, Diploma dalam Industri Penerbangan, Diploma Penguat Kuasa Undang-Undang Malaysia dan juga Diploma Perhotelan.

Menariknya, setiap program yang ditawarkan mempunyai keistimewaan tersendiri.

Bagi program Diploma Perhotelan, pelajar berpeluang untuk belajar di dalam negara selama setahun sebelum berpeluang menjalani latihan industri di Dubai dan Qatar selama 18 bulan.

Wah seronoknya! boleh kenal budaya dan negara luar kan?

Lebih mengujakan, bagi pelajar yang mengambil  bidang perhotelan akan berpeluang untuk ditawarkan menjalani latihan bergaji penuh di hotel-hotel terkemuka khususnya di Dubai. 

Lagi menarik, kata Azizul Hakim, pelajar yang mendaftar masuk berpeluang mendapat biasiswa daripada Yayasan Pendidikan Rakyat mengikut terma dan syarat yang ditetapkan.

Malah, peruntukan RM10 juta bagi membantu pelajar-pelajar yang layak untuk menghabiskan program yang mereka minati.



Sementara itu Pengarah Urusan YEG, Hasan Ithnin pula menyasarkan  seramai 5,000 pelajar dalam pelbagai program yang ditawarkan pada tahun 2023 ini. 

Malah katanya, ada sebahagian pelajar terus mendapat kerja selepas mereka tamat menjalani latihan industri di syarikat-syarikat pelancongan islamik terkenal dalam negara.

Untuk tahun 2023 ini, YEG Academy menyasarkan untuk melahirkan seramai 1,000 tenaga muda yang berkemahiran bagi memenuhi kehendak pasaran di Malaysia. 



Perkongsian menarik berkenaan turut  didedahkan pensyarah kanan bagi program DHUMY, iaitu  Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim atau lebih dikenali sebagai PU Amin apabila pelajarnya sering 'dipinang' oleh syarikat-syarikat agensi pelancongan walaupun belum tamat pengajian.

“Daripada 10 pelajar yang menjalani latihan industri di syarikat-syarikat agensi umrah dan haji, lapan daripada mereka akan diserap sebagai petugas di syarikat berkenaan manakala dua lagi memilih untuk menyambung pengajian.

“Ini membuatkan peluang pekerja yang ditawarkan menerusi program ini sangat memberangsangkan dan pelajar pula  terus berpeluang untuk mendapat kerja selepas tamat belajar,” katanya .

Jadi apa lagi! Peluang dah ada apa lagi, bukan sahaja dapat ilmu tetapi terus berpeluang bekerja. - KitaReporters


9
7
0
20
0

Copy Link: