Perhatian kepada semua penulis lirik dan peminat muzik, inilah masa anda untuk bersinar. 

Peruncit perkakas rumah kegemaran rakyat Malaysia, Kumpulan Mr DIY (M) Berhad (Mr DIY), sedang menjemput individu berbakat untuk mempamerkan kreativiti lirik mereka dalam ‘Pertandingan Lirik Merdeka’ bertemakan ‘Bersama Satu Suara.’

Untuk meraikan kemerdekaan Malaysia dengan cara yang unik dan menarik, Mr DIY telah bekerjasama dengan penyanyi tempatan Jaclyn Victor, Alif Satar, Alif Satar & The Locos, dan Priscilla Abby. 

Para selebriti ini akan menyanyikan lagu yang menampilkan lirik daripada pemenang utama pertandingan. 

‘Pertandingan Lirik Merdeka’ Mr DIY menawarkan hadiah bernilai RM20,000 kepada sembilan pemenang. 

Pemenang hadiah utama akan menerima wang tunai RM10,000, pemenang hadiah pertama akan memenangi wang tunai RM5,000, dan pemenang hadiah kedua akan menerima wang tunai RM2,000. 

Selain itu, enam pemenang hadiah saguhati masing-masing akan menerima wang tunai RM500 setiap seorang.



Untuk mengambil bahagian, peserta hanya perlu:

  • Dengar lagu demo di media sosial Mr DIY: https://www.facebook.com/mrdiy2u/videos/1220844625954997/ 

Lihat templat dan serahkan penyertaan anda ke:

  • https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdykwEbG2FpIoDCvCvNf62zzPqEMKICMn3XfAZdpFU-Y5beFA/viewform 

Untuk maklumat lanjut: 

  • https://www.mrdiy.com/mrdiy-bersama-satu-suara-merdeka-lyrics-writing-contest-2024 

Pertandingan ini sedang berlangsung dari 20 Mei hingga 2 Jun 2024. 

Jangan lepaskan peluang untuk menyumbang kepada projek muzik ini dan serlahkan rasa cinta anda kepada negara melalui penulisan lirik. - KitaReporters/Kenyataan Media

15
16
0
15
0

Copy Link: