MAK!! TINGGAL BERSAMA MAYAT SELAMA 2 HARI

Published by
KitaReporters

 

AMBIL perhatian kewujudan ahli keluarga kita setiap masa kerana pelbagai perkara boleh berlaku tanpa disedari walaupun tinggal serumah. Baru-baru ini, sebuah keluarga di Bentong tidak menyedari mereka tinggal bersama mayat selama kira-kira dua hari. : KitaReporters.com


Dalam kejadian pada Jumaat (27/12/2019) lalu, tiga sekeluarga yang terdiri daripada ibu berusia 83 tahun dan dua anak perempuannya berumur 50-an menghidu bau busuk dari bilik anak lelakinya di rumah mereka di di Kampung Kemansur, Bentong, Pahang.

Kerana pintu dikunci dari dalam dan mangsa tidak membuka pintu ketika dipanggil selain terdapat banyak lalat dari tingkap biilik mangsa, mereka nekad menghubungi polis.

 Namun setelah pintu dibuka, pihak polis mereka amat terkejut mendapati mangsa, Liew Sing Fatt, 61, telah pun mati dan dalam keadaan agak berbau.


Difahamkan mangsa yang tidak berkahwin sering mengurung diri dalam bilik dan jarang berborak bersama dengan ahli keluarganya.

Ibu mangsa, Chan Fook Wah, 83, berkata, mangsa yang merupakan anak kedua daripada 10 beradik jarang keluar dari bilik dan sering berada dalam bilik.

Katanya, dia dan ahli keluarga lain tidak mengetuk pintu bilik mangsa sebelum ini bagi mengelakkan mangsa yang mempunyai masalah kemurungan marah kerana mengganggunya.

"Kali terakhir kami melihat (mangsa) ialah pada Rabu lalu, tidak sangka pula akan berlaku begini. Dia memang sering bersendiri dan tidak suka diganggu," katanya.

 


Sementara itu, Ketua Polis daerah, Superintenden Yusof Unis berkata, mayat mangsa ditemukan di dalam bilik dengan keadaan hampir busuk.

"Tiada kesan kecederaan pada mayat mangsa dan kes ini tiada kaitan dengan jenayah. Berdasarkan siasatan si mati sering berkurung dalam bilik dan kali terakhir dilihat keluarga pada 25/12/2019," katanya.

Tambahnya mayat mangsa dihantar ke Hospital Bentong untuk bedah siasat dan kes ini di kategorikan sebagai mati mengejut. - KitaReporters.com

1
0
11
2
0

Copy Link: