Kes kalimah Allah! Biar mahkamah muktamadkan! Kenapa tarik semula rayuan? Berikan penjelasan! - ABIM

Published by
KitaReporters

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merujuk kepada keputusan penarikan semula rayuan kes berkaitan penggunaan kalimah Allah bertarikh 18 April 2023 oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).
ABIM menegaskan keputusan yang dibuat ini adalah sesuatu yang besar kerana ia melibatkan isu kepentingan awam dan pertikaian yang menyentuh isu sensitif yang berpanjangan.
Justeru, ABIM memohon penjelasan daripada pihak berkaitan berhubung perkara ini.
ABIM juga berpandangan memandangkan proses Mahkamah belum berakhir, sewajarnya isu ini diserahkan kepada peringkat Mahkamah tertinggi dalam negara untuk dimuktamadkan.
Muhammad Faisal Abdul Aziz
Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

14
6
0
10
0

Copy Link: