Video| Nelayan Besut pun tak nak ketinggalan! Bot-bot berarak tanda solidariti dengan Palestin!

Published by
KitaReporters



KEKEJAMAN rejim aparteid Israel terhadap rakyat Palestin bukan sahaja mendapat bantahan masyarakat Islam di bandar-bandar utama seluruh negara, malah golongan nelayan di negara ini juga turut bersimpati dengan nasib penduduk yang dilanda peperangan di Gaza 

Perarakan bot menyusururi pantai Kuala Besut di Terengganu, antara tanda sokongan yang mampu dilakukan oleh nelayan apabila mereka bersepakat turun ke laut sebagai solidariti kepada rakyat Palestin.


Peserta perarakan menunjukkan bendera Palestin


sebanyak 80 bot pelancong dari daerah Besut menyertai Perarakan Bot Solidariti Palestin anjuran persatuan berkenaan bermula dari Jeti Kuala Besut hingga ke pusat pelancongan Bukit Keluang pada 28 Oktober 2023 lalu. 

Golongan nelayan yang turut berkongsi kemarahan terhadap kekejaman aparteid Israel turut  bersuara lantang menyatakan solidariti mereka menyokong perjuangan rakyat Palestin menuntut hak kedulatan negara mereka, serta mengecam kezaliman rejim Zionis di Gaza.


SEBAHGIAN bot pelancong daerah Besut berlabuh di perairan pusat pelancongan Bukit Keluang selepas menyertai Perarakan Bot Solidariti Palestin. - Krtedit gambar: Ihsan Mc Joe


Perarakan tersebut yang disertai nelayan dengan bot-bot dihiasai bendera Palestin menarik perhatian penduduk tempatan dan pelancong asing yang menyaksikan perarakan tersebut.


Nik Erra


Seorang penduduk yng dikenali dengan nama Nik Erra berkata, beliau dan keluarga walaupun tidak menyertai perarakan tersebut tetapi tetap hadir di lokasi berkenaan sebagai tanda sokongn kepada penganjur.

Katanya, walaupun tiada ucapan sempena perarakan itu tetapi Laungan Free Palestine (Bebaskan Palestin) dan Viva Palestina (Hidup Palestin) berkumandang di perairan Laut China Selatan tersebut.


Bendera Palestin berkibar megah di atas bot pelancongan di perairan Besut


Beliau berkata, kita buat mengikut kemampuan sebagai tanda protes terhadap Israel sambil rasa simpati terhadap nasib penduduk Palestin di bumi mereka.

"Perhimpunan solidariti ini menggambarkan sokongan rakyat Malaysia daripada pelbagai kelompok. Saya berdiri bersama Palestin dan yang terjadi di Palestin bukan soal keagamaan, tetapi kemanusiaan," " katanya. 

Beliau berharap ada pihak menganjurkan pula konvoi kenderaan pacuan empat roda sebagai tanda solidariti Palestin. - KitaReporters


Bot pelancong dipenuhi dengan bendera Palestin.

19
14
1
10
1

Copy Link: