Pelajar-pelajar Malaysia di Universiti Islam Madinah, Arab Saudi telah dilarang keluar bagi mengelakkan penyakit Koronavirus-2019 atau Covid-19Hathim Adly Shahrin, 25, pelajar semester enam tahun tiga Kursus Syariah berkata, semua kelas telah dibatalkan dan pengajian pula dikendalikan secara online. : KitaReporters

Pusat Pengajian Universiti Islam Madinah, Arab Saudi ditutup.


"Kami juga dilarang untuk makan di kafe universiti dan iktikaf di masjid bagi mengelakkan sebarang jangkitan virus Covid-19 yang melanda dunia sekarang," katanya ketika dihubungi wartawan KitaReporters pada Selasa, 17 Mac 2020.

Beliau memberitahu, walaupun jarak dari Universiti Madinah ke Masjidil Nabawi hanya mengambil masa 15 minit perjalanan dengan menaiki kereta, tetapi semua pelajar dilarang meninggalkan kampus.

Sebaliknya, kata beliau, keseluruhan pelajar dari Malaysia diarah tinggal di asrama universiti itu, kecuali sebilangan pelajar yang telah berkahwin dan menetap di luar.

Jalan utama yang selalu digunakan oleh ribuan pelajar kelihatan lenggang.


Pihak pengurusan universiti juga melarang semua aktiviti di dalam kampus termasuk pengunaan

kafe untuk makan dan minum.

Manakala bagi mengelakkan pergerakan pelajar keluar masuk ke universiti itu, pintu gerbang universiti telah ditutup, namun pelajar masih boleh membeli makanan di kafe dan makan di blok masing-masing.

Hathim menambah, pembelajaran secara online juga tidak mengalami sebarang masalah kerana pihak universiti telah menyediakan wifi yang laju.

Semua kerusi dan meja di kafe universiti tidak dibenarkan digunakan kerana pelajar diminta makan di dalam bilik masing-masing.


Anak kelahiran Kedah ini juga berharap ibu bapa dan keluarga pelajar-pelajar di universiti ini agar tidak bimbang dengan situasi di sini serta kesihatan mereka kerana pihak pengurusan universiti sentiasa memantau dan menjaga kebajikan pelajar di sini.

Setakat ini, belum ada lagi sebarang kes jangkitan Covid-19 yang dilaporkan dan pihak hospital di universiti ini dan Hospital King Fahd yang terletak lebih kurang tiga kilometer dari kampus ini akan memantau dan bersedia memberi perkhidmatan kepada warga kampus ini," katanya lagi. - KitaReporters

Kedai makan dalam universiti masih beroperasi.


Hathim Adly Shahrin (kiri) dan penulis.

3
0
0
1
0

Copy Link: