KERANA DENDAM, SATU KELUARGA KENA SANTAU

Published by
KitaReporters
TUJUH penghuni rumah menjerit-jerit seakan dicakar oleh sesuatu. Tidak ada angin atau ribut, tiba-tiba saja semua penghuni dalam satu keluarga ini menggelupur kesakitan, meracau seumpama terkena sihir. Seorang demi seorang jatuh, menangis, mengerang, meracau sambil menjerit-jerit seperti kerasukan syaitan.KitaReporters.com


Siri Seram sejuk dengan Mayangsari :


Ketika itu aku sedang bersiap-siap untuk masuk bilik tidur kerana jam sudah menunjukkan pukul 12 malam 4 Disember 2019. 

Baru saja nak merebahkan badan, telefon yang aku letakkan di meja sebelah katil berdering. Binggit bunyinya kerana ia untuk mengejutku bagi menunaikan solat tahjud dan waktu subuh.

"Kak Mayangsari ke ni?..." panik suara pemanggil dari telefon itu.

"Ya, ada apa yang boleh saya bantu. Boleh Encik tenangkan diri dulu. Cerita satu persatu saya. " katanya cuba memujuk pemanggil itu supaya bertenang kerana jika kelam kabut, sudah pasti aku pun tak akan tahu hujung pangkal ceritanya.

Ginilah, kata pemanggil itu. "Saya dari Seremban, kak. Habis semua ahli keluarga saya tiba-tiba dirasuk ni. Semua menjerit-jerit, menggelupur sekali gus ni. 

"Minta sangat akak datang ya. Nanti saya datang jemput akak di Kajang, ok..." sebaik meletakkan telefon, aku terus bersiap-siap sementara menunggu dan membawa peralatan perubatan untuk kerja "menangkap" dan memasukkan hantu ke dalam botol dan bahan rawatan penawar lain.

Sebaik tiba di rumah itu, apa lagi riuh-rendah kerana ketujuh-tujuh itu, sudah lupa diri, pakaian mereka habis berkeroyok, kain terselah sana sini. 

Mereka dirasuk , menjerit dan ada yang meraung. Ketika melihat saya masuk ke dalam rumah, ada di antara keluarga itu datang menerpa untuk menyerang saya. 

Ha punah, terdetik hatiku kerana bukan senang nok kawal ke tujuh-tujuh itu.

Apapun sebagai perawat tradsional atau bahasa Inggerisnya disebut Ghostbuster ini, kita tidak boleh panik dan menunjukkan kelemahan diri. 

Aku kumpul segenap tenaga dalaman diriku dan cuba memberi fokus satu persatu.

Aduh!...tiba-tiba seorang daripada penghuni rumah itu menendang saya. Terjelepok dekat dinding. Sakitnya bukan kepalang. 

Kekuatan 'bende' yang merasuk mereka bukan kecil budak. Tinggi dan besarnya tiga empat kali ganda dengan badan kita. 

Satu kali tendangan atau terajang mereka boleh berpinar biji mata. Hendak pula aku ni perempuan.

"Ok kau nak mainkan aku ye!..." getus aku masa ni kemarahan akibat diterajang itu meluap-luap dalam diri aku.

Kau ingat kau kuat ye. Tunggu buah silat aku, taulah kau. Seekor, seekor aku bunuh kau!....terus aku bertempik garang, sambil meminta adik tuan rumah itu melaungkan azan.

 Jangan berenti, teruskan azan selama saya sedang bertempur, aku berpesan pada lelaki itu.

Apalagi seorang demi seorang pesakit yang 'ganas' tadi itu, terus berguling-guling sambil menjerit panas!..panas! 

"Nah ambik kau, rasakan buah tangan aku ni." Aku terus membaca zikir dan ayat-ayat rukyah sambil mula mengumpul kekuatan tenaga batin untuk menarik benda yang berada dalam badan mereka. 

Bukan senang bergelut dengan makhluk dari alam ghaib ini. Bagi pandangan biasa, kami seperti mengaut angin saja. 

Sedangkan pada alam ghaib, kekuatan anasir yang merasuk badan manusia itu, seberat gajah. 

Satu-satu aku kutip dan masukkan ke dalam botol kaca yang aku bawa dari rumah dan dalam masa yang sama yang membantu tadi, rebah dan pengsan. 

Apalagi kelebihan deria keenam, saya dapat mengesan sesuatu. 'Mata' saya ternampak satu bungkusan kain putih yang ditanam di belakang rumah pesakit ini. 

Aku biarkan pesakit lain itu, meraung-raung kesakitan, keadaan diri sudah tidak terurus lagi. Aku perlu cari `ibu` pembawa sihir ini untuk menamatkan kekecohan itu.

Lantas aku terus keluar rumah menuju ke belakang rumah mereka dan di bawah timbunan pepohon serai aku mengorekkan tanah sambil mulutku tak henti-henti, berkumat-kamit membaca ayat-ayat al-Quran, Al-Fatihah, ayat Krusi dan zikir. 

Jari jemari aku tiba-tiba terasa bahang yang sangat panas, macam disalai dengan api yang marak.

Pedihnya yang amat, bayangkan jari terkena minyak panas. 

Aku cuba menahan sakit kerana selagi aku tidak keluarkan perca kain itu, keadaan tidak akan pulih. 

Hasilnya, ada tiga 'bende' terikat seperti pocong dan tulisan mati di salah satu sekeping kain kafan berkenaan.

Barulah keadaan rumah itu kembali senyap dan penghuni yang menjerit, meraung dan meracau itu terpingga-pingga dan keliru.

Apalagi aku terus mengambil pemetik api yang memang dalam saku baju sebelum hangus semua pocong dan kain kapan tadi. 

Abunya aku masukkan ke dalam botol dan aku akan tanam di tempat yang jauh daripada manusia.

Pengajaran yang aku dapat sini adalah sikap manusia yang tidak pernah berhenti berdendam dan menyimpan hasad dengki pada orang lain. 

Selagi mereka tidak dapat merosakkan keharmonian keluarga yang dibenci, inilah jadinya mereka berpakat dengan syaitan untuk merosakkan kehidupan orang yang menjadi seterunya.

Pesanku, janganlah kamu wahai manusia bertuan dan menghambakan syaitan kerana perbuatan menyekutukan Allah SWT kerana terang-terangan perbuatan syirik. - KitaReporters.com

11
3
4
0
10

Copy Link: