JUJUR KEPADA DIRI, IKHLAS DENGAN HATI, PASTI AMAN

Published by
KitaReporters
ASSALAMUALAIKUM dan selamat pagi.

Kongsi minda bersih jiwa.


Renungan.

Jujur ke kita dalam perhubungan?

Berterus terang sebelum terbongkar

Jangan pendam, luahkan

Berlaku jujur, kalau hendak selamat

Menyimpan masalah atau rahsia amatlah payah.

Sakit jiwa bila kita tidak dapat menyatakannya secara berterus terang.

Hati pula selalu resah kerana terpaksa bergelut dengan masalah yang sendiri cari.

Kadangkala sesak dada bila masalah terpendam di dalam terlalu lama. Jalan terbaik elok diluahkan. Berterus terang.

Jika lama disimpan lagi parah jadinya. Yang sakitnya kita.

Belajar memahami kehendak diri. Jangan paksa tapi redha.

Kalau ada yang terbuku di hati, berterus terang adalah lebih baik walaupun ia sakit dan perit. Sia-sia berselindung atau bersikap tidak jujur kerana lambat laun segalanya akan terbongkar.

Tidak susah pun hendak berlaku jujur dengan berterus terang tentang sesuatu perkara. Jadi diri sendiri, ikhlaskan hati

Dari sinilah terbinanya kepercayaan sesama kita.

Pun begitu, sekali hilang kepercayaan, sampai bila-bila sukar untuk mendapatnya kembali.

Orang yang suka menyimpan masalah atau enggan berterus terang sebenarnya tidak yakin dengan diri mereka sendiri.

Selama mana mereka menyimpan masalah semakin sulit hidup mereka. Otak pun serabut. Hilang fokus.

Pilihan ada di tangan kita.

Perkara ini nampak remeh tetapi besar kesannya kepada sesuatu perhubungan. Kerana tidak jujur dan enggan berterus terang persahabatan boleh terputus begitu sahaja.

Ingatlah

Setiap saat kita diberi peluang memperbaiki diri. Kita ada peluang menilai dan berusaha berubah ke arah lebih baik. Kenapa mesti dibiarkan peluang itu berlalu begitu sahaja.

Sebagai manusia biasa tidak salah kita berusaha mencari kesempurnaan.

Sikap suka berterus terang dapat mengelakkan sebarang salah faham dan prasangka sesama kita .

Sesungguhnya hati yang jelas, jujur dan terus terang memainkan peranan penting dalam memelihara perhubungan.

Berterus terang meluahkan perasaan dalam menyelesaikan masalah hendaklah dengan penuh hemah, sopan santun dan berlemah lembut bukan dengan meninggikan suara dan berkasar.

Realitinya kita seringkali menghadapi masalah untuk meluahkan apa yang tersirat di hati kerana ingin menjaga maruah dan menjaga perasaan orang.

Tapi sampai bila?

Perasaan kita siapa nak jaga?

Jangan simpan, luahkan.

Jika tidak kepada manusia, berbicaralah dengan Allah...

❤️🌹 Jangan dibiar sekam menjadi bara, bara menjadi api, takut terbakar diri ❤️🌹

0
0
0
1
0

Copy Link: