Video| Resipi tepung tanpa gluten? Sesuai untuk ada alahan! Rupanya ramai tak tahu tentang gluten!

Published by
KitaReporters


Tak semua orang boleh menikmati makanan berasaskan tepung gandum seperti roti dan kuih-muih. 

Dalam tepung gandum mengandungi gluten. Gluten ialah protein yang terdapat di dalam tepung gandum. Bagi yang ada alahan gluten, mereka akan mengelak daripada memakannya.

Justeru, di negara Barat, produk makanan tanpa gluten sangat popular kerana makanan ruji mereka adalah roti yang berasaskan gandum. Malah, mereka juga menitikberatkan pemakanan sihat. 

Kalau di Malaysia, hal seperti ini kurang diambil tahu oleh masyarakat kecuali mereka yang menghadapi alahan gluten.

Malah, ramai yang tidak tahu apa itu gluten. Mereka hanya tahu makan sahaja. 



Kebanyakan roti dan kuih berasaskan tepung gandum yang dijual di pasaran Malaysia mengandungi gluten. Boleh dikatakan, apa-apa jua makanan yang berasaskan gandum mengandungi gluten. 

Makanan bebas gluten bagus untuk pesakit kronik seperti kencing manis.

Ironinya tepung gandum adalah antara bahan masakan penting dalam kalangan rakyat Malaysia selain nasi. 

Buat roti canai, kena ada tepung gandum. Buat lempeng atau cekodok, kena ada tepung gandum. Buat kuih pun, kena ada tepung gandum. Ibarat tanpa tepung gandum, tak berasaplah dapur.

Justeru, bagaimana mahu elak daripada mengambil gluten? Jangan risau kerana ada satu resipi tepung yang boleh menggantikan peranan tepung gandum. Resipi ini telah dikongsi oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Cik Ma atau Fateema Nordin.



Dalam video yang dimuat naik, Cik Ma berkongsi resipi tepung tanpa gluten. 

Menurutnya, ia sangat sesuai untuk yang ada alahan dan menjaga pemakanan sihat. Resipi tepung tanpa gluten tersebut berperanan seperti tepung gandum.

“Bagi sesiapa yang memang ada alahan pada makanan berasaskan gluten, saya kongsi campuran tepung tanpa gluten bagi memudahkan untuk hasilkan makanan berasaskan tepung. Tapi tanpa tepung gandum.

“Kalau sesiapa yang tiada alahan pada gluten pun kalau nak cuba pun bolehlah. Tepung ni lebih sihat berbanding tepung berasaskan gandum yang biasa kita makan tu,” tulisnya.


Antara makanan yang dibuat menggunakan tepung tanpa gluten.


Dalam video tersebut, kelihatan Cik Ma hanya menggunakan tiga jenis tepung sahaja untuk menghasilkan tepung tanpa gluten. Hasil daripada tepung itu, Cik Ma jadikan ia lempeng sihat yang sesuai dimakan waktu sarapan atau minum petang. Mudah bukan?

Hasil perkongsian tersebut, jelas menunjukkan ramai netizen masih tidak tahu apa itu tepung tanpa gluten. Rata-rata rancak bertanya apakah yang dimaksudkan gluten dan adakah protein tersebut hanya terdapat dalam tepung gandum sahaja.



“Tak fahamlah kenapa tepung gandum je ada gluten. Yang lain tu tepung juga,” tanya salah seorang netizen.

Alhamdulillah perkongsian Cik Ma dilihat banyak memberi manfaat kepada netizen. 

Semoga ramai pempengaruh atau orang biasa membuat content bermanfaat seperti ini. Jangan asyik buat content pasal makanan viral yang tidak sihat dan tinggi gula untuk raih view serta tanda suka tinggi sahaja! 

Sekali-sekala kena didik masyarakat dengan pemakanan sihat juga. - KitaReporters


11
19
0
7
0

Copy Link: