Penggemar asam laksa pastinya tidak melepaskan peluang untuk memenuhi selera apabila mereka melayari aplikasi Foodpanda untuk memesan 15,381 mangkuk asam laksa daripada D’Laksa, pengusaha rangkaian restoran asam laksa yang sangat digemari di Malaysia.

Pada waktu makan tengah hari 6 Jun 2023 antara jam 12 tengah hari hingga jam 1 petang, penggemar kuah asam yang beraroma dan pes udang istimewa D'Laksa telah menyumbang kepada penciptaan rekod ‘Bilangan terbanyak mangkuk laksa dijual melalui

platform penghantaran dalam masa satu jam’ dalam Malaysian Book of Records. 

Makanan mereka menjadi lebih baik lagi berkat diskaun eksklusif yang ditawarkan untuk acara istimewa in oleh Foodpanda, platform penghantaran makanan terkemuka di Malaysia.



Rakan kongsi penghantaran Foodpanda dan pasukan D’Laksa dari 53 cawangan di seluruh negara bertungkus-lumus menghantar pesanan asam laksa yang panas kepada pelanggan.

Pencapaian luar biasa ini melambangkan komitmen yang lebih besar oleh kedua-dua jenama untuk memberikan kecemerlangan dan kepuasan kepada penggemar laksa di seluruh Malaysia.

Populariti asam laksa D’Laksa yang lazat dan pedas yang ditawarkan pada harga RM5.99 untuk tiga mangkuk asam laksa semasa kempen 6.6 telah menyebabkan lonjakan permintaan kerana pelanggan tidak sabar-sabar mahu menikmati asam laksa kegemaran mereka. 

Dalam perkara ini, cawangan D’Laksa di Queensbay Mall, Pulau Pinang mencatat sumbangan tempahan terbesar, di mana cawangan itu berkerja keras menghasilkan dan menghantar D’Laksa untuk memenuhi selera penggemar asam laksa. 

Secara keseluruhan, tiga lokasi utama lain yang menunjukkan permintaan tertinggi untuk asam laksa D’Laksa ialah Kepong, Bandar Utama dan Shah Alam.

Di samping pencapaian yang membanggakan ini, D’Laksa turut menyertai program panda picks Foodpanda - pilihan vendor menyelerakan oleh Foodpanda yang hanya boleh didapati di platform tersebut. 

Kerjasama strategik ini membolehkan D'Laksa untuk memperluas jangkauannya dan melayani pelanggan, dengan mengandalkan rangkaian penghantaran Foodpanda yang luas untuk memberikan keselesaan yang terbaik kepada pengguna untuk menikmati citarasa D'Laksa yang menggoda, melalui perkhidmatan penghantaran yang lancar.

Sayantan Das, Ketua Pegawai Eksekutif Foodpanda Malaysia menzahirkan rasa berbesar hati atas jalinan kerjasama dengan D’Laksa. 

“Di Foodpanda, kami sentiasa berusaha untuk memberikan perkhidmatan berkualiti kepada pelanggan kami sambil meningkatkan kedudukan setiap jenama ke tempat yang sepatutnya dengan program panda picks kami.

"Kini, pelanggan Foodpanda boleh menikmati laksa kegemaran mereka yang dihantar terus ke depan pintu mereka hanya dengan beberapa klik pada aplikasi atau laman sesawang Foodpanda.”

“D’Laksa diilhamkan daripada rasa cinta kami terhadap mangkuk laksa yang enak, makanan ruji jalanan yang popular di Pulau Pinang. 

"Kami sangat gembira kerana hanya dalam tempoh 11 tahun sejak ia diperkenalkan, kami telah berjaya mengembangkan jenama dan citarasa asli ini ke seluruh negara. 

"Kerjasama dengan Foodpanda ini merupakan satu lagi kejayaan dan bukti bahawa D’Laksa sentiasa memberikan hasil yang terbaik untuk pelanggannya,” kata Jaysern Tan, Pengasas dan Pengarah Urusan D’Laksa.



Menurut beliau, sejak D’Laksa disenaraikan dalam program panda picks, rangkaian restoran D’Laksa menyaksikan pertumbuhan pesat dari segi bilangan tempahan untuk asam laksa mereka. 

Jumlah pesanan untuk D’Laksa mencatatkan pertumbuhan 165% manakala pelanggan baharu meningkat 2.75 kali dalam tempoh tiga bulan sahaja selepas menyertai program itu pada bulan Mac 2023.

Jenama-jenama lain yang telah menyertai program panda picks juga telah menyaksikan peningkatan dari segi pelanggan baharu. 

Peningkatan kesedaran jenama dan keberkesanan yang lebih tinggi dalam sistem penghantaran dalam talian mereka didorong oleh pendekatan yang lebih tersusun oleh Foodpanda.

Sempena pelancaran D’Laksa sebagai salah satu jenama pilihan panda picks terbaharu di Foodpanda, pelanggan boleh menikmati diskaun istimewa dengan menggunakan kod baucar berikut semasa memesan mangkuk D’Laksa kegemaran mereka:

  • PandaPick Voucher: Nikmati diskaun 50% dengan nilai pesanan minimum (MOV) RM25.
  • PandaPro Exclusive: Pengguna PandaPro boleh menikmati diskaun 15% dengan nilai pesanan minimum (MOV) RM15.
  • Pestapanda Voucher: Dapatkan diskaun 40% (terhad pada RM10) dengan nilai pesanan minimum (MOV) RM25. - KitaReporters/Kenyataan Media


11
12
0
8
0

Copy Link: