MANGSA keracunan makanan dipercayai berpunca daripada memakan puding buih di negeri Terengganu kini hampir mencecah 100 orang apabila 25 lagi mangsa baharu dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu. Perkara itu disahkan oleh Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus, apabila 25 lagi mangsa terbaharu dirjuk ke HSNZ dan menjadikan jumlah keseluruhan 99 orang. : KitaReporters

Puding buih yang menyebabkan kes keracunan di Terengganu - Gambar hiasan


Daripada 99 kes tersebut, yang membabitkan 20 keluarga berlainan, 77 pesakit tinggal di Kuala Terengganu, manakala 22 pesakit lagi dari daerah Marang.

Menurut Dr Nor Azimi, daripada 99 pesakit itu, seramai 35 pesakit telah menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) termasuk seorang di Unit Rawatan Rapi (ICU), 10 pesakit dimasukkan ke hospital swasta dan 23 pesakit menerima rawatan sebagai pesakit luar di beberapa klinik kerajaan dan klinik swasta. 

Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus


Dr Nor Azimi Yunus (kanan) melawat  salah seorang mangsa keracunan makanan yang disyaki berpunca daripada puding buih di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) . - Kredit gambar: Bernama


Dr Nor Azimi berkata, baki 31 lagi pesakit adalah dalam kalangan ahli keluarga masing-masing, yang turut dikesan mengalami simptom keracunan, namun tidak memerlukan rawatan lanjut di hospital.

Jumlah 25 pesakit baharu itu dimasukkan ke HSNZ, Kuala Terengganu, pada Rabu, 27 Mei 2020, katanya dalam satu kenyataan kepada media.

Sebelum ini seramai 74 individu mengalami keracunan makanan yang dipercayai berpunca daripada puding buih yang dibeli secara dalam talian pada 22 Mei 2020.

.

Nota pesanan Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu melalui Facebook berhubung kes keracunan


Kebanyakan mangsa mengalami simptom yang sama iaitu cirit-birit, muntah dan demam.

Beliau berkata seramai 12 pesakit telah dibenarkan pulang ke rumah hari ini Khamis, 28 Mei 2020, menjadikan jumlah pesakit yang masih dirawat di HSNZ ialah 24 orang, manakala sembilan pesakit lagi masih dirawat di hospital swasta.

"Semua pesakit yang masih dirawat di hospital berada dalam keadaan stabil. Bagaimanapun, pesakit yang dirawat di ICU kini dilaporkan tenat," katanya.

Berikutan kejadian itu, katanya, JKNT turut menutup dapur premis untuk jualan peniaga puding buih itu mengikut Seksyen 18(1)(d) Akta Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 selama 14 hari sehingga 7 Jun 2020. - KitaReporters

Catatan berbentuk pesanan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu mengenai kes keracunan menerusi Facebook milik jabatan

5
2
4
1
2

Copy Link: