RAMAI antara kita pastinya mempunyai keinginan untuk melancong ke luar negara bersama keluarga, sahabat atau sesiapa sahaja. 

Tidak terkecuali juga bagi Mohd Alfishahrin Zakaria, 35, serta Diana Latief, 34, dan yang menariknya, pasangan suami isteri ini hanya menaiki motosikal kapcai dengan menjelajah puluhan negara dengan destinasi utama mereka adalah Kota London

Melalui perkongsian di laman TikTok @kapcaipackers, Mohd Alfishahrin menulis 'Ke Kota Cinta Bersama Tercinta' dengan  memaparkan pengalamannya bersama isteri tersayang menunggang motosikal ke 'kota cinta' Paris.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kapcai



Menurutnya, perjalanan dari Malaysia ke Paris mengambil masa selama empat bulan dengan melibatkan kembara ke beberapa negara lain termasuk Rusia sebelum pandemik Covid-19 melanda dunia.

"Alhamdulillah, Honda bagi saya sebiji motor selepas saya berjaya selesaikan misi 'ride' ke London dan juga servis percuma seumur hidup," tulisnya menjawab salah satu komen. 

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen yang melihat video ini berasa sangat kagum dengan kesungguhan pasangan ini yang melancong menaiki motosikal.







Mohd Alfishahrin sebenarnya telah dikenali melalui saluran YouTube, kapcaipackers adventure yang bukan sekadar memaparkan aktiviti pengalaman kembara 'ride' semata-mata tetapi juga berkongsi tips-tip berkaitan. - KitaReporters


11
19
0
6
0

Copy Link: