Resort yang diusahakan Dr Romzi Thomin.


TUGAS sebagai seorang doktor gigi di sebuah klinik persendirian di Bandar Permaisuri Setiu, Terengganu, tidak menghalang usaha pemilik sebuah resort untuk memajukan resortnya.

Niat berserta usaha gigih untuk membina sebuah resort yang indah dan selesa terletak di kawasan Setiu Wetlands iaitu di Kampung Fikri, bermula selepas beliau membeli sebidang tanah di situ.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan Setiu Wetlands:

https://kitareporters.com/search?search=setiu+wetlands


Kolam renang turut disediakan untuk aktiviti riadah


"Saya memang sudah lama bercadang untuk membina resort ini selepas membeli sebidang tanah di sini tetapi kerana modal dan sibuk dengan tugas di klinik, usaha itu tertangguh. 

"Sehinggalah beberapa tahun selepas itu ianya dibina dan dapat beroperasi sekarang," katanya.

Memandangkan belum ada sebuah resort yang lengkap di kawasan Setiu Wetlands popular di negeri Terengganu itu, usaha tersebut akhirnya menjadi kenyataan buat Dr Romzi Thomin, 53.

Dr Romzi Thomin


Beliau yang berasal dari Teluk Intan Perak itu membuka resort berkenaan pertengahan tahun 2020 lalu untuk memeriahkan lagi sektor pelancongan di Terengganu, khususnya di daerah Setiu.

Fikri Wetland Guesthouse & Resort (FWGR) yang dibuka mempunyai pelbagai pakej menarik selain 16 bilik yang selesa termasuk bilik VVIP dan VIP.

Romzi berkata, FWGR mempunyai tujuh bilik superior king, deluxe (3), super single (4), serta VVIP dan VIP masing-masing satu bilik.


Ruang bilik tidur  yang selesa


Aktiviti berkayak juga disediakan


"Kita juga mempunyai sebuah dewan, kolam mandi untuk dewasa dan kanak-kanak, berkayak, trip ke Pulau Redang, kawasan perkhemahan. Aktiviti sekitar wetland (tanah lembap) dan lain-lain," katanya. 

Katanya, sebuah lagi bangunan baru siap dibina iaitu kafe dan surau untuk kemudahan tetamu.

Romzi berkata dia beruntung kerana usaha itu turut dibantu oleh isteri, Rakiah Ramli dan seorang adik bagi menguruskan resort ini serta beberapa orang pekerja. - KitaReporters


Suasana nyaman resort milik Dr Romzi

147
33
9
9
5

Copy Link: