Perkongsian Kuah Rojak Merecik yang dikongsi oleh pelanggan dalam Facebook dari Australia.


KUAH Rojak Merecik yang dihasilkan oleh pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dulang, Yan, Kedah berjaya dipasarkan hingga ke Australia.

Pengetua SMK Dulang Hittayatullah Hassan, 56, ketika dihubungi berkata kuah rojak yang dihasilkan oleh 39 pelajar PPKI ini bukan sahaja mendapat sambutan di negara ini malah hingga Australia.

"Pelanggan kami Nana Juwita Rose yang tinggal di Australia telah membuat tempahan kuah rojak ini dan menyatakan produk ini  memang sedap," ujar Hittayatullah lagi.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan makanan


Pelajar PPKI SMK Dulang sedang memasukkan Kuah Rojak Merecik ke dalam botol.


Adunan bahan untuk penghasilan Kuah Rojak Merecik sedang dibuat oleh pelajar.


Kacang mentah digoreng untuk dimasukkan kedalam Kuah Rojak.


Proses pelabelan produk sedang dijalankan.


Kuah Rojak Mercik selepas dilabelkan.


Kuah rojak ini diolah sendiri oleh mantan Penolong Kanan Pendidikan Khas sekolah ini ketika itu Hamzah Abdul dengan adunan yang bersesuaian dengan segi rasa dan kos untuk memenuhi permintaan pelanggan.

Sementara itu Penolong Kanan Pendidikan Khas Norazimah Noh yang dihubungi pula berkata, kesemua pelajar PPKI-nya dilatih untuk menjalankan projek-projek yang boleh mendatangkan hasil pendapatan, sekali gus mengalakkan mereka untuk menceburi bidang keusahawanan.

"Kami melihat mereka bukan sahaja dapat menguasai bidang kemahiran untuk membuat kuah rojak atau dalam bidang lain antaranya pertanian dan sebagainya, tetapi pembabitan mereka ini boleh mencetuskan peluang pekerjaan selepas mereka tamat pengajian nanti," katanya lagi.


Pengetua SMK Dulang Yan, Hittayatullah Hassan.


Penolong Kanan Pendidikan Khas Norazimah Noh.


Norazimah menambah modal untuk menjalankan perniagaan ini diperolehi daripada Koperasi Pendidikan Khas SMK Dulang dan Geran Per Kapita sekolah.

Manakala keuntungan yang diterima pula diagihkan kepada ahli koperasi terdiri daripada pelajar dan guru yang menjadi ahli koperasi.

Dalam pada itu guru Pendidikan Khas yang juga Setiausaha Koperasi Pendidikan Khas Aizeanty Jaafar, 37, berkata, kuah rojak yang dihasilkan ini dipasarkan melalui ejen-ejen yang dilantik termasuk membuat hebahan melalui laman Facebook dan Instagram.

Mereka yang ingin mendapatkan kuah rojak ini boleh menghubungi talian 0199483207 (Cikgu Yanti) dan 0179675905 (Cikgu Yana). - KitaReporters


Setiausaha Koperasi Pendidikan Khas Cikgu Aizeanty Jaafar.


Produk Kuah Rojak Merecik dibeli oleh pelanggan.


Kuah Rojak Merecik turut mendapat sambutan pelanggan daripada kakitangan Universiti Utara Malaysia.

7
1
0
0
0

Copy Link: