Netizen mahu mainan lato-lato diharamkan! Cermin kereta pecah kerananya! Tidak beri apa-apa faedah!

Published by
KitaReporters


PERMAINAN lato-lato semakin popular di negara ini selepas tularnya video pertandingan permainan itu di negara seberang Indonesia hingga menjadi ikutan trend kanak-kanak.

Apatah lagi kebanyakkan peniaga mula mengambil kesempatan menjualnya dengan harga serendah RM10 di gerai tepi-tepi jalan.

Biarpun Malaysia membenarkan permainan berkenaan, bagaimanapun terdapat beberapa negara mengambil pendekatan untuk mengharamkan permainan itu dan berdepan tindakan sekira melakukanya. 

Negara itu termasuklah Amerika Syarikat, England dan Mesir.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan alat-alat mainan


Tular baru-baru ini dalam Tiktok apabila seorang wanita berkongsi luahan ketidakpuasan hatinya mengenai permainan berkenaan yang turut menjadi perhatian pengikut laman sosial berkenaan.

Menerusi video yang dimuat naiknya, kelihatan cermin kereta wanita itu retak dan pecah dipercayai terkenaan permainan lato-lato itu.

Difahamkan, wanita itu menyangkakan cerminnya terkena serpihan asing namun hentakan tersebut seakan-akan dua kesan hentakan berbentuk bulat di bahagian depan cermin keretanya.



Selepas melakukan penelitian di sekeliling keretanya, dia menemui permainan lato-lato di bawah keretanya yang sekali gus mencetuskan perasaan amarahnya.

Malah menerusi kapsyen videonya, wanita berkenaan meminta pihak bertanggungjawab mengharamkan permainan berkenaan kerana menimbulkan pelbagai masalah termasuklah merosakkan harta benda dan boleh mencederakan orang lain.



Rata-rata netizen turut meluahkan perasaan yang sama dengan wanita berkenaaan dengan berkongsi pengalaman yang menyifatkan permainan berkenaan mendatangkan banyak keburukan daripada kebaikan. - KitaReporter


10
11
0
15
0

Copy Link: