RATA-RATA masyarakat kita hari ini masih dalam fasa awal dalam menyesuaikan diri dengan fenomena baharu atau norma baharu yang terpaksa dilalui. Budaya berjabat tangan yang menjadi amalan sebelum ini telah diganti dengan dengan hanya meletak tangan pada dada sebagai tanda hormat tanpa perlu memerlukan sentuhan. Begitu juga dengan pelitup muka dan cecair pembasmi kuman adalah perkara wajib yang perlu digunakan setiap kali keluar dari rumah. : KitaReporters

SHANKAR Kurhade mengakui pelitup muka daripada emas seberat 60 gram itu mengambil masa selama lapan hari untuk disiapkan. - Kredit foto: AFP


Memetik laporan english.aawartsat.com menyedari kepentingan itu, seorang lelaki India sanggup menempah pelitup muka yang diperbuat daripada emas tulen.

Wow!!! Dah kaya sangat ni pelitup muka pun guna emas!!!

Malah ahli perniagaan terkenal dari India, Shankar Kurhade sanggup memperuntuk wang sebanyak AS$40,000 (RM171,500) untuk pelitup muka khas bagi melindunginya daripada koronavirus (Covid-19).

Lelaki berusia 49 tahun itu dikatakan menempah pelitup muka seberat 60 gram di sebuah kedai emas terkenal di bandar Pune, India.

“Pelitup muka ini direka khas untuk saya dan mempunyai lapisan nipis serta lubang-lubang halus bagi membolehkan saya bernafas dengan tenang.

PELITUP muka yang diperbuat emas yang bernilai RM171,500 yang ditempah khas oleh Shankar Kurhade dari India.


“Walaupun saya tidak pasti dapat melindungi daripada Covid-19, tapi ini adalah langkah berjaga-jaga yang perlu dilakukan oleh semua individu,” katanya.

Menurutnya lagi, tempahan pelitup muka itu mengambil masa lapan hari untuk disiapkan dan merupakan yang pertama di India.

Kelas gitu… hanya dia sorang je guna di seluruh India ni... maklumlah mahal dan lebih mahal daripada sebuah kereta.

SHANKAR menjadi individu pertama di India menggayakan pelitup muka daripada emas. - Kredit foto: REUTERS


Kongsi ahli perniagaan itu, dia mendapat idea untuk menggunakan pelitup muka daripada emas itu selepas mengetahui tentang seorang lelaki memakai pelitup muka diperbuat daripada perak.

“Penyebaran mengenai itu membuatkan saya mahu menempah pelitup muka daripada emas,” ujarnya yang sangat mencintai dengan perhiasan emas.

Sehingga kini India mencatatkan lebih 698,000 kes jangkitan dan lebih 19,700 kematian. - KitaReporters

Kredit foto: https://www.coronatracker.com/country/in

4
3
1
0
0

Copy Link: