Kaki tidur? Ada jawatan eksekutif untuk anda! Gaji lumayan!

Published by
KitaReporters

BAGI mereka yang selalu atau suka tidur tak ingat dunia atau selalu tertidur di tempat kerja mahupun di kelas, inilah masa terbaik untuk kembangkan bakat tidur anda. Sebuah syarikat, Sonno yang menjual tilam kini sedang dalam fasa menguji kualiti barangan mereka. Maka satu jawatan khas dibuka iaitu jawatan 'Eksekutif Tidur'!!! : KitaReporters 

Kredit foto: FB Sonno 


Bukan jawatan pangkat rendah yaa. 

Dah la kerja tidur, jawatan boleh dikatakan sempoi, bayaran pula fuhhh, RM 3000 weiii!!! 

Fuh memang terbaik boskuuu!!!

Kredit foto: FB Sonno


Maka sebab itulah syarikat tersebut memerlukan orang yang mampu tidur untuk jangka masa lama.

Syarat yang ditetapkan pula tidaklah terlalu ketat.


Antaranya, mereka yang terpilih perlu tidur selama 8 jam sehari

Bagi 'raja' tidur, ini terlalu senang. Takut-takut terlebih 8 jam pula nanti mereka ini tidur. Hehehehehe!!!!

Selain itu, jika anda terpilih, anda perlu menjalankan tugas tidur ini bermula 1 September hingga 10 Disember 2020 iaitu lebih kurang dalam 100 hari sahaja.


Dah bagi katil untuk tidur, gaji mahal, kenalah buat kerja sikit iaitu anda perlu sediakan laporan ringkas mengenai pengalaman anda tidur menggunakan tilam yang disediakan oleh Syarikat Sonno.

Selain itu, anda juga perlu buat video berdurasi 30 saat

Senang dan mudahkan!!!! 

Apa lagi tunggu, cepat-cepatlah daftar pada pautan FB mereka dan mana tahu jika ini rezeki anda. 

Hanya perlu tidur dan terima bayaran lumayan!!!

Tarikh tutup adalah hujung bulan Julai ini. 

Jangan tunggu lagi. Takut melepas duti 'tidur' yang lumayan pula nanti.  

Jadi lepas ini, kalau bos atau pensyarah anda tanya jika suka tidur nak jadi apa, anda jawab je boleh jadi 'Eksekutif Tidur'. - KitaReporters

1
1
0
1
0

Copy Link: