PELBAGAI permohonan diterima berkaitan lanjutan operasi perniagaan terutama sektor ekonomi. - Kredit foto: Malakat tribunnews.com


KERAJAAN sedang meneliti permohonan daripada pelbagai pihak berkaitan melanjutkan masa beroperasi perniagaan sektor ekonomi dari jam 8 malam ke 10 malam dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kerajaan mengambil kira permohonan berkenaan namun perlu diputuskan mengikut perkembangan semasa fokus pemulihan Covid-19 kini.

Tegas beliau tiga badan utama iaitu Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Kewangan diberikan tanggungjawab bagi membincangkan perkara berkenaan sebelum sebarang keputusan dilakukan.

"Banyak permohonan dibuat, malah melalui perbincangan dengan penggiat industri, mereka juga memohon perkara yang sama iaitu lanjutan operasi hingga 10 malam. Bagaimanapun perkara ini masih lagi dalam pertimbangan. Pagi tadi pun kita ada perbincangan dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Dimaklumkan juga mengenai lanjutan operasi perniagaan, moratarium dan hal-hal lain termasuklah juga isu subsidi upah, bekalan makanan dan sebagainya,” katanya seperti dipetik oleh Sinar Harian pada Sabtu, 19 Jun 2021.

Buat masa ini belum ada keputusan muktamad lagi, namun beliau akui menerima pelbagai permohonan melibatkan isu tersebut. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, tiga badan utama iaitu Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Kewangan diberikan tanggungjawab bagi membincangkan perkara berkenaan.

1
2
0
0
0

Copy Link: