PENJAWAT awam dinasihatkan supaya tidak terlibat dalam gerakan atau kumpulan antivaksin.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata mereka yang didapati berbuat demikian termasuk membuat, menerbit atau mengedar kenyataan, khabar angin atau berita berhubung antivaksin boleh dikenakan tindakan mengikut undang-undang yang sedang berkuat kuasa, yang memperuntukkan hukuman penjara hingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2020, Jabatan Perdana Menteri pada Khamis 1 April 2021 sambil mengajak semua penjawat awam agar mendaftar sebagai penerima vaksin menerusi aplikasi mySejahtera.

Pada 25 Februari 2021, Mohd Zuki antara penerima awal yang mendapat suntikan vaksin, manakala 18 Mac 2021 lalu melengkapkan dos suntikan kedua. - KitaReporters

1
0
0
0
0

Copy Link: