Hari Tanah Bencah Sedunia! Sambutan di Setiu Wetlands dengan tema Wetlands and Human Wellbeing!

Published by
KitaReporters


SAMBUTAN World Wetlands Day (Hari Tanah Bencah Sedunia) yang disambut pada setiap 2 Februari setiap tahun) memberi peluang bukan sahaja kepda penduduk tempatan malah kepada pelancong asing merasai sendiri keajaiban alam semula jadi yang terdapat di daerah Setiu, Terengganu. 

Pengarah Unit Pembangunan Ekonomi Negeri (UPEN) Terengganu, Datuk Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak berkata, penganjuran tersebut bertujuan mendalami bagaimana kawasan tanah bencah atau tanah lembap sangat penting dalam menjaga kesejahteraan hidup.

Katanya, keluasan kawasan tanah bencah Setiu berjumlah 23,000 hektar yang didiami pelbagai lapisan komuniti, dengan kekayaan alamnya yang luar biasa, menjadi saksi bisu bagaimana ekosistem sedia ada memberikan manfaat luar biasa bagi kehidupan sehari-hari.


Tun Ahmad Faisal  Tun Abdul Razak


Menanam pokok Rhu sebagai gimit perasmian


Sebagai Gimik Perasmian, Tun Ahmad Faisal turut menanam pokok rhu pantai bagi usaha memulihara dan memelihara "Setiu Wetlands: Wetlands and Human Wellbeing". 

“Kawasan tanah bencah Setiu ini bukanlah hanya sekadar pemandangan indah, tetapi juga ia merupakan satu sumber kehidupan yang mana menjadi sokongan utama dalam memastikan bekalan air bersih.

“Di samping, pengimbang dalam aturan iklim, ia juga tempat berlindung bagi pelbagai spesies tanaman dan haiwan yang memerlukan habitat yang khusus,” jelasnya.



Beliau berkata demikian ketika ketika Majlis Perasmian Program Sempena Sambutan World Wetlands Day 2024 bertempat di Jeti Kampung Gong Batu, Setiu, pada 17 Februari 2024. 

Tun Ahmad Faisal berkata, hubungan antara tanah bencah dan kesejahteraan manusia tidak dapat dipisahkan.

Katanya lagi, air bersih yang digunakan untuk minum, pertanian, dan sokongan terhadap kepelbagaian spesies semuanya bersumber daripada tanah bencah. 

Oleh itu, tambahnya, adalah menjadi satu kewajiban bagi kita untuk melindungi dan menjaga kawasan tanah bencah ini agar terus mampan. 



Beliau berkata, usaha kolaboratif antara pihak kerajaan dan komuniti akan memastikan bahawa taman negeri Setiu Wetlands tetap lestari dan memberikan manfaat jangka panjang bagi kesejahteraan manusia.

Bagaimanapun, ini bukan hanya tanggungjawab agensi kerajaan atau segelintir pihak saja, tetapi ia adalah merupakan sebuah komitmen bersama untuk melindungi aset alam yang berharga ini.

“Aktiviti-aktiviti yang diadakan sepanjang progrm berlangsung adalah sejajar dengan tema sambutan World Wetlands Day 2024 iaitu, "Wetlands and Human Wellbeing". 

“Maka program tersebut dilaksanakan dengan memperkenal kepentingan dan meningkatkan kefahaman orang awam mengenai keunikan persekitaran alam semula jadi khususnya tanah bencah yang unik di Setiu Wetlands ini,” ujar Tun Ahmad Faizal. - KitaReporters


Pemandangan menarik di Setiu


11
11
0
14
0

Copy Link: