Video| Gajah yang bijak! Lagi prihatin! Pulangkan semula kasut pengunjung terjatuh ke dalam kandang!

Published by
KitaReporters


Gajah merupakan binatang bijak yang mampu menunjukkan kecerdasan yang hebat. Bukan sekadar itu binatang tersebut juga hebat bermain emosi, jadi tidak pelik sekiranya ada pernah melihat gajah menangis sebelum ini.

Terbaharu tular video kehebatan binatang berkenaan yang sangat prihatin dengan sekelilingnya.

Kejadian yang tular tersebut dipercayai di sebuah zoo di wilayah Shandong, China.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan haiwan gajah



Menariknya dalam video berkenan kelihatan seekor gajah yang sangat prihatin dengan persekitarannya. Malah binatang tersebut seperti mengetahui ada sesuatu yang berlaku di kandangnya.

Haiwan berkenaan menyedari terdapat sesuatu terjatuh ketika pengunjung ‘menziarahinya’.

Binatang tersebut kemudian bertindak mengambil barangan yang terjatuh dipercayai kasut kanak-kanak yang tidak sengaja terjatuh ke kandangnya.



Bukan sekadar itu, lebih mulia gajah dengan segera mencapai kasut berkenaan sebelum menghulurkan semula kasut milik pengunjung zoo tersebut.

Dia seolah-olah tahu, pengunjung berkenaan panik dengan situasi tersebut.

Lebih melucukan ketika menghulur kasut berkenaan dia seolah-olah menunggu upah daripada pengunjung berkenaan sebagai tanda terima kasih

Malah pengunjung pula memberi sedikit rumput kepada sebagai tanda terima kasih dengan jasanya yang memulangkan semula kasut berkenaan. 



Video berdurasi 0.32 saat tersebut telah disaksikan sebanyk lebih 15 juta tontonan.

Ternyata, binatang lebih prihatin dan kasih kepada persekitarannya.

Sejak kisah berkenaan menjadi tular, video berkenaan mendapat perhatian ramai. Kebanyakan netizen memuji kepintaran gajah tersebut. - KitaReporters


15
12
0
12
0

Copy Link: