KEMUNCULAN seekor buaya (dalam bulatan) yang berjemur di atas sebiji batu besar di Sungai Pagang, Siteba, Kacamatan (Mukim) Nanggalo di Kota Padang, Sumatera Barat pada 22 Mei 2021 lalu menjadi tanda tanya penduduk tempatan. - Kredit Foto : Tribunnews.com


TULAR sebuah video yang memaparkan seekor buaya yang sedang berjemur di atas sebiji batu besar menyebabkan penduduk kampung di Sungai Pagang, Siteba, Kacamatan (Mukim) Nanggalo di Kota Padang, Sumatera Barat kecoh seketika pada 22 Mei 2021 lalu. 

Video tersebut yang dimuat naik oleh pemilik akaun Instagram @ompir_reptile dalam laman sosial memperlihatkan seekor buaya sepanjang kira-kira 1.5 meter sedang bersidai di atas sebiji batu besar yang rata di tepi sungai berkenaan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan buaya



Kejadian itu yang dianggap aneh oleh penduduk tempatan kerana ini merupakan kali pertama mereka melihat seekor buaya seperti itu di Sungai Pagang. 

Penduduk mendakwa, kejadian itu disedari seorang penduduk kampung yang tinggal berhampiran dengan Sungai Pagang itu.

Pada mulanya penduduk terbabit yang melihat dari jauh tidak menyangka bahawa haiwan itu yang berada di atas sebiji batu besar yang sedang berjemur sebaliknya dia menjangkakan satu objek lain.

Bagaimanapun, Tribunnews.com pada 25 Mei 2021 lalu dipetik melaporkan, apabila penduduk berkenaan semakin menghampiri lokasi itu baharulah mendapati objek itu adalah seekor buaya yang sedang bersidai di atas batu. 

Kejadian yang agak aneh itu telah menjadi tanda tanya dalam kalangan penduduk setempat bagaimana haiwan yang besar itu boleh berada di atas batu tersebut.

Dalam pada itu, orang ramai mula berpusu-pusu datang ke sungai tersebut untuk melihat buaya berkenaan. Namun haiwan liar itu tidak menghiraukan dengan kehadiran orang ramai berada di pinggir sungai untuk menyaksikannya.


SEEKOR buaya ditemui sedang berjemur di atas batu di Sungai Pagang. - Kredit Foto : Tribunnews.com



Sementara itu, Ketua Resort Balai Konservasi Sumber Daya Alam (BKSDA) Padang, Hendra Yuriko berkata pada 23 Mei 2021 bahawa pihaknya belum menerima laporan daripada penduduk kampung terbabit mengenai kejadian tersebut.

Beliau mengakui di Sungai Pagang itu terdapat banyak buaya tetapi setakat ini haiwan tersebut tidak menganas serta mengacam keselamatan penduduk kampung.

Namun, Hendra Yuriko menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan haiwan ganas tersebut. - KitaReporters


Kredit Foto : Tribunnews.com

0
4
1
0
0

Copy Link: