Ciapan seorang netizen di Twitter berhubung video  Prof Mahaya yang dikatakan mempersoalkan sumbangan wanita berpendidikan tinggi semasa PKP


SELEPAS isu kenyataan ‘buat bodoh-bodoh’ demi mencari jodoh, pakar motivasi iaitu Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad dikatakan sekali lagi terpalit kontroversi setelah satu lagi videonya tular dalam media sosial berhubung sumbangan wanita berpendidikan tinggi.

Memetik laporan Utusan Malaysia pada 16 Jun 2021, Muhaya dalam  video berkenaan seolah-olah merendah-rendahkan martabat wanita bekerjaya dengan mempersoalkan sumbangan wanita berpendidikan tinggi sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Bonda nak tanya sekarang ini, orang yang ada akademik tinggi-tinggi dapat apa semasa PKP ini? Bagi tahu saya.

“Apa manfaat yang hendak diberi? Jangan nak bajet bagus kata ‘saya pandai’ atau ‘saya ada kelulusan doktor falsafah (PhD). Apa manfaatnya kepada orang?” soalnya dalam video tersebut.

Sementara itu, seorang  netizen yang memuat naik video itu dalam laman Twitter berkata dirinya menjadi lebih keliru dengan kenyataan Prof Muhaya dalam keseluruhan video.

“Ramai kata kebanyakan daripada kita salah faham ayat buat bodoh-bodoh Prof Muhaya, maka, disuruh tonton video penuh. Okay, tapi setelah tonton video penuh, lagi berkerut dahi dan tergaru kepada pula sebenarnya.

“Bukan pasal bodoh-bodoh tu pun. Entahlah,” katanya dalam ciapan tersebut. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

1
4
0
0
1

Copy Link: