Golongan Orang Kurang Upaya sangat memerlukan kemudahan dan fasiliti yang memudahkan mereka untuk ke mana-mana sahaja. Namun berbeza pula dengan perkongsian yang dibuat sehingga tular dalam media sosial.

Tular dalam TikTok, laluan tanjakan atau ramp bagi OKU berkerusi roda yang disediakan di sebuah tempat yang kelihatan sangat membahayakan nyawa mereka. Ini kerana ia sangat curam sehingga mengalahkan gelongsor.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan orang kurang upaya atau OKU


Di dalam video ini kelihatan kemudahan ramp kepada OKU ini sebenarnya untuk memudahkan mereka yang menggunakan kerusi roda. Tetapi ia tidak memudahkan malahan ia sangat berisiko menyebabkan boleh meluncur ke bawah dengan laju sekali.

Laluan ini juga dilihat sangat tinggi dan rata-rata yang melihatnya mengatakan ini seperti gelongsor bukannya laluan turun yang sangat selamat.



Disebabkan foto ini, rata-rata netizen berasa sangat marah dengan kemudahan yang tidak mesra alam kepada golongan OKU ini.



Diharapkan kemudahan bagi memudahkan golongan ini dibuat dengan betul, kesian dekat mereka lagi-lagi yang tiada orang boleh bantu. - KitaReporters

11
11
0
10
0

Copy Link: