Besut masih banjir! Kemaman, Setiu, Dungun, H-Terengganu, Marang, K-Terengganu, Kuala Nerus dah pulih!

Published by
KitaReporters

Sukarelawan NGO bergotong royong membersih Sekolah Kebangsaan Tembila,Besut, yang dilanda banjir


DAERAH Besut, Terengganu kekal sebagai status daerah yang masih terjejas banjir apabila 138 mangsa masih ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sehingga Selasa 27 Disember 2022. 

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Terenganu berkata jumlah mangsa tersebut terdiri daripada 41 keluarga.


Lagi cerita-cerita tragedi berkaitan bencana banjir

Masjid Hadhari Jertih seolah-olah menjadi masjid terapung ketika banjir melanda daerah itu pada 18 Disember 2022


“Sebanyak dua PPS yang masih diaktifkan bagi menempatkan mangsa tersebut dalam daerah berkenaan. 

“Manakala daerah Kemaman, Setiu, Dungun, Hulu Terengganu, Marang, Kuala Terengganu dan Kuala Nerus telah pulih sepenuhnya,” jelasnya dalam satu kenyataan media pada 27 Disember 2022.

Menurut kenyataan tersebut, dua PPS yang masih dibuka iaitu di Masjid Kampung La dan Balai Raya Kampung Pantai

“Masing-masing menempatkan sebanyak 126 dan 12 mangsa daripada 38 dan tiga keluarga.

“Secara keseluruhan hujan telah berhenti dan cuaca di kebanyakan tempat di Terengganu kini mendung,” katanya lagi.



Manakala mangsa banjir yang terbabit dalam kejadian banjir pada 18 Disember 2022 kini sudah kembali ke rumah dan menjalankan aktiviti pembersihan selepas rumah mereka ditenggelami air

Dalam perkembangan lain, pelbagai pihak termasuk Badan Bukan Kerajaan (NGO) dari seluruh negara  turut menggerakkan jentera masing-masing untuk membantu mangsa banjir terutama mengagihkan bantuan makanan, peralatan, kesihatan dan gotong royong membersih rumah dan premis kerajaan. - KitaReporters


Mangsa banjir di PPS Masjid Kampung La, Hulu Besut mendapatkan  pelbagai jenis pakaian sumbangan NGO 

11
18
1
13
0

Copy Link: