WOW! FENOMENA UNIK 'TIGA MATAHARI' DI CHINA

Published by
KitaReporters

 

PENDUDUK di bandar Khorgas, barat China gempar dengan penampakan tiga matahari memenuhi di ruang udara di bandar itu, beberapa hari lalu. : KitaReporter.com

Memetik laporan Daily Mail, kejadian luar biasa itu disebabkan fenomena semula jadi yang dipanggil ‘sun dog’. 

Fenomena tersebut yang menampakkan titik-titik terang dan memenuhi di sekeliling Matahari.

Kebiasaan fenomena yang berlaku itu disebabkan keadaan di kawasan berkenaan terlalu sejuk sehingga mewujudkan illusi aneh dan dikategorikan dalam keluarga "Halo" iaitu fenomena optikal.

Fenomena optikal yang biasa kita lihat dalam kejadian pembentukan pelangi.

PENDUDUK bandar Khorgas teruja menyaksikan fenomena 'Sun Dog' yang berlaku disebabkan keadaan cuaca terlalu sejuk. - Foto kredit Daily Mail


Keadaan di tempat sejuk dan bersalji, membolehkan ‘sun dog’ akan terhasil dan menyebabkan cahaya berinteraksi dengan kristal ais di atmosfera dan menghasilkan dua cahaya biasan di kiri dan kanan dalam kedudukan yang seimbang.

Fenomena ini jelas kelihatan apabila matahari berada hampir dengan garis horizon.

Sementara itu, fenomena luar biasa di China itu menjadi ‘tarikan’ kepada penduduk dan menganggap sesuatu yang luar biasa.

Sebelum ini, fenomena tiga matahari terbit secara serentak ini berlaku di beberapa lokasi di dunia antaranya di Rusia pada 2015.

Keadaan tersebut tular dalam media sosial sehingga boleh disaksikan di seluruh dunia.

FENOMENA tersebut menjadi tarikan kepada penduduk di barat China dan mengangap sesuatu yang luar biasa.


Sementara itu, seorang mahasiswa dari sebuah university di bandar China, Shi Li mengakui teruja melihat fenomena yang luar biasa.

Malah terkejut selepas menyaksikan fenomena yang jarang berlaku selepas kakaknya yang berada di bandar Khargos membuat ‘live’. Jom kita saksikan fenomena luar biasa ini. - KitaReporters.com

 

8
16
2
2
0

Copy Link: