Oleh: Nur Azreen Arifin


PERTUBUHAN Amal Kebajikan dan Perubatan Malaysia (MediCOM) mengambil inisiatif dengan terlibat dalam Misi Kebajikan dan Kesihatan di Pulau Mabul, Semporna, Sabah dengan membuka sebuah klinik wakaf

Pengerusi MediCOM, Dr. Shafiq Wahab berkata, “era COVID-19 adalah fasa mencabar terutama bagi masyarakat luar bandar dan mereka perlu diberi perhatian sewajarnya.

“Wakaf boleh menjadi alternatif bagi membantu meringankan beban kerajaan dan masyarakat. Niat kami hanya untuk membantu masyarakat yang memerlukan di kawasan tersebut,” katanya.


Lagi kisah menarik berkaitan program kemasyarakatan



Tambah Dr. Shafiq, kesemua kos perkhidmatan yang digunakan semua secara percuma diberikan hasil daripada sumbangan orang ramai dan juga dana zakat.

“kita melihat perlu dan pentingnya sebuah klinik yang tiada sebarang kos apabila menerima rawatan yang diperlukan memandangkan keadaan di sini tidak sama seperti di bandar yang mempunyai kelengkapan yang mencukupi,” katanya. 

Misi kebajikan berkenaan disertai 60 peserta terlibat dalam program kemasyarakatan kali ini dari pelbagai latar belakang termasuk doktor pakar, doktor gigi, pegawai perubatan dan sukarelawan yang lain.

Bukan itu sahaja, program yang dilihat boleh mengeratkan hubungan silaturahim itu  turut terlibat dengan program baik pulih sekolah tadika, khatan perdana, pemeriksaan kesihatan, jamuan rakyat, pemeriksaan gigi, rawatan perubatan Islam dan lain-lain.



“Kita buat secara berkala ke sini kerana ada tadika dan sekolah, dan bagi orang ramai terus menyumbang untuk tabung pendidikan anak-anak di Mabul,” katanya.

Bagi mereka yang ingin menyumbang boleh membuat sumbangan melalui akaun Pertubuhan Amal Kebajikan dan Perubatan Malaysia (MediCOM) melalui akaun 562478167234 Maybank atau menghubungi talian 01115711581.

Misi kebajikan dan kesihatan Pulau Mabul turut mendapat kerjasama NGO Selayang Care, Rescue Ummah, Abrar Care dan Rico’s Pizza. - KitaReporters


17
13
0
5
0

Copy Link: