MENGUBAH ciptaan Allah perkara yang dimurkai-Nya kerana ciptaan-ciptaan-Nya adalah sebaik-baik yang dilakukan.

Manusia mempunyai bentuk fizikal yang terbaik berbanding fizikal makhluk Allah yang lain. Namun sebagai manusia ada sahaja yang tidak puas hati dan cuba mengubahnya. 

Malah ulama bersepakat mengubah ciptaan Allah dengan tanpa sebarang tujuan adalah perbuatan haram. 


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan kehamilan



Bagaimanapun di New Delhi, seorang pakar bedah cuba membuktikan kebolehannya. Dia merancang untuk memindahkan rahim kepada seorang lelaki yang menjalani pembedahan wanita transgender supaya dapat merasai nikmat kehamilan.

Memetik Daily Mail, Pakar bedah, Dr. Narendra Kaushik berkata, pembedahan yang berisiko itu akan melibatkan pengambilan organ pembiakan daripada penderma meninggal dunia

Bagaimanapun cubaan menjadikan wanita transgender hamil bakal menjadi kejayaan besar dan memerlukan rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF) dan pembedahan caesarean (C-section) kerana mereka tidak mempunyai faraj yang berfungsi sepenuhnya. 

Dr. Kaushik berkata, pemindahan itu sebagai memahami naluri  wanita transgender yang mahu menjadi wanita termasuk menjadi seorang ibu.



“Cara untuk menuju ke arah itu adalah dengan menjalani pemindahan rahim sama seperti buah pinggang atau mana-mana organ lain.

“Inilah masa depan, kita tidak boleh meramalkan dengan tepat bila perkara ini akan berlaku tetapi ia akan cuba supaya dapat direalisasikan tidak lama lagi,” katanya.

Dr. Kaushik bagaimanapun tidak mendedahkan penerima atau memperincikan butiran lanjut mengenai pembedahan yang akan dijalankan.

Bagaimanapun beliau berkata, pihaknya sudah mempunyai rancangan dan sangat optimis mengenai pembedahan berkenaan.

Katanya lagi pembedahan sukar tersebut melibatkan pemindahan rahim yang menelan kos perbelanjaan besar sekitar 50,000 pound (RM270,200) manakala satu kitaran rawatan IVF boleh mencecah lebih 5,000 pound (RM27,020).

Alahai mahalnya.. tapi belum tentu pembedahan berkenaan tersebut berjaya.

Bagaimanapun sebelum ini, terdapat satu kes dilaporkan mengenai rahim dimasukkan ke dalam wanita transgender. Namun, wanita transgender itu meninggal dunia akibat komplikasi beberapa bulan kemudian. - KitaReporters


11
13
0
18
0

Copy Link: