Artis Mila Jirin, 32, yang juga pengusaha perniagaan dewan perkahwinan dan catering, Bizmilla bersyukur apabila kerajaan kembali membenarkan majis resepsi perkahwinan diadakan semula mulai 1 Julai 2020 ini. Mila lega apabila usahanya memperjuangkan nasib perancang majlis (event) dan perkahwinan akhirnya didengari kerajaan. : KitaReporters


Baru-baru ini, Mila atau nama sebenar, Norsyarmilla Jirin dalam media sosialnya, memohon kerajaan agar membenarkan industri perancangan majlis dan perkahwinan beroperasi semula berpandukan prosedur operasi standard (SOP).

Pada 16 Jun 2020 lalu, Mila mewakili usahawan perancang majlis dan perkahwinan mengemukakan Prosedur Standard  Operasi (SOP) kepada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk diperhalusi pihak berkuasa.

Susulan daripada usaha itu, demi menjaga kepentingan pengusaha pada masa hadapan, Mila merancang menubuhkan Persatuan Industri Perkahwinan Malaysia (AWIM).

Bizmilla telah dibuka semula mulai Jumaat, 26 Jun 2020 dari jam 10 pagi hingga 6 petang bagi urusan tempahan dan merasai hidangan serta hiasan pengantin dan majlis resepsi.

Selain Bizmillah, Jirin tetap meneruskan perniagaan lain seperti restoran dan perniagaan durian premiumnya.


0
2
0
0
0

Copy Link: