Kira-kira 8.4 juta penerima BRP akan mendapat manfaat menerusi Program Jaringan Perihatin


PROGRAM Jaringan Prihatin yang telah dilancarkan kerajaan dalam usaha menangani cabaran jurang digital akan memberi manfaat kepada kira-kira 8.4 juta penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) seluruh negara.

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata menerusi program berkenaan penerima BPR bakal peroleh bantuan perkhidmatan data internet atau pembelian peranti mudah alih.

“Pasangan yang mempunyai anak di bawah umur 18 tahun akan menerima bantuan sebanyak RM300 bagi pakej peranti atau RM180 pelan data untuk tempoh setahun.

“Manakala, bagi pasangan yang tiada anak di bawah umur 18 tahun pula bakal terima bantuan sebanyak RM180 bagi pakej peranti atau RM180 pelan data untuk setahun.

“Tempoh pendaftaran Program Jaringan Prihatin ini dibuka dari 5 Mei hingga 31 Julai 2021,” katanya dipetik oleh Sinar Harian, 6 Mei 2021.

Sementara itu, untuk info Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah lancarkan Program Jaringan Prihatin berjumlah RM3.5 bilion pada 5 Mei 2021 bagi menangani cabaran jurang digital.

Daripada jumlah berkenaan, kerajaan akan belanjakan RM2 bilion manakala syarikat telekomunikasi dan penyedia perkhidmatan pula akan memberi sumbangan tambahan berjumlah RM1.5 bilion terutama dalam bentuk data percuma.

Sebanyak 12 syarikat telekomunikasi dan penyedia perkhidmatan menyertai program tersebut dan anataranya ialah Celcom, Digi, Maxis, Mcalls, redONE, speakOUT, Tune Talk, U Mobile, unifi Mobile serta XOX Mobile. KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter


0
0
0
1
1

Copy Link: