KUALA LUMPUR – Kelab Usahawan Saudagar Merah Terbilang (GREAT) menyokong penuh usaha dan hasrat Kerajaan Malaysia dalam membantu meringankan beban rakyat ketika negara dan dunia di landa wabak covid-19 melalui pakej rangsangan ekonomi rakyat prihatin (Prihatin) yang di bentangkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Dato Sri Hj Muhyiddin Mohd Yassin pada Jumaat.

Rata-rata rakyat menyambut baik terhadap pakej rangsangan ekonomi yang di bentangkan kerana secara umumnya dilihat akan dapat dimanfaatkan oleh semua lapisan masyarakat, daripada golongan pelajar hingga pekerja tidak lupa pula peniaga malah bagi yang pencen.



Pengerusinya, Zhafirin Mat Yusof berkata, “melalui sudut ekonomi pula bukan sahaja rakyat malah negara juga berkongsi manfaat yang sama kerana ianya secara langsung akan merancakkan kembali aktiviti pengaliran tunai dalam negera yang terjejas akibat wabak covid-19 sekaligus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

“Dengan bantuan yang di salurkan kepada usahawan-usahawan dan PKS, Aktiviti perniagaan dapat di teruskan dengan lancar di tambah dengan keupayaan membeli daripada rakyat ianya akan melonjakkan lagi serta memberi kestabilan pasaran dalam negera sekaligus memberi pulangan serta perolehan kepada kerajaan”

Ujarnya lagi inisiatif ini seperti memahami denyut nadi rakyat yang terjejas dalam mengharungi fasa penularan wabak COVID-19 yang kritikal.

3
0
0
0
0

Copy Link: