Bienda memberi layanan mesra kepada pembeli-pembeli 'Papapau Bienda'

SELEPAS sebuah video dimuat turun dalam laman TikTok dengan nama Jimtoncet viral baru-baru ini, ramai berkunjung ke sebuah gerai tepi jalan berjualan pau bersebelahan stesen minyak Petronas, Jalan Kuching di Kuala Lumpur untuk melihat wajah jelita si penjual pau yang memberi layanan mesra kepada pembeli. 

Ada antara pembeli terkejut apabila mendapati wajah si penjual tidak tumpah seperti wajah penyanyi Bienda. Adakah ia pelandok dua serupa?


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kuih muih


Perkara itu menjadi tular membuat Bienda atau nama sebenarnya Nor Razlinda Razli, 37, dihujani panggilan telefon daripada mereka yang mengenalinya.

Bienda akhirnya membuat pengakuan bahawa wanita bertudung manis yang diperkata itu adalah dirinya.

Menurut Bienda dia berjualan kuih pau dengan nama ‘Papapau Bienda’  sebagai salah satu cara mencari rezeki ketika kegiatan seninya agak menurun

Baginya dia tidak berasa malu berniaga kuih pau di gerai tepi jalan kerana mencari rezeki halal


Bienda tidak malu berjualan pau kerana ia rezeki halal


Tambahnya, status sebagai seorang selebriti bukanlah halangan untuk dia mencuba sesuatu yang baharu.

Seperti peniaga lain dia akan memberi layanan mesra sebagai pembeli dan akan melayan berfoto jika ada pembeli adalah peminatnya atau mengenali siapa dirinya.

Bienda mula berjualan pau memakai nama ‘Papapau Bienda’ di lokasi itu sejak  Disember 2021. Paunya yang diusaha bersama suaminya semakin mendapat sambutan apabila video dalam TikTok menjadi tular.

Bagi Bienda, apa yang dilaku boleh dijadikan inspirasi kepada mereka yang terjejas kehidupan akibat Covid-19 mencuba bidang lain untuk mencari rezeki.

Bienda mengakui perniagaan tudungnya agak terjejas dan hanya bergantung pada perniagaan dalam talian.

Dan jualan pau dapat membantu menampung kehidupannya sekeluarga. Bienda juga bercadang untuk melakukan jualan secara francais ‘Papapau Bienda’ untuk memperkembang perniagaannya.


Video Papapau Bienda

Bienda dan ibunya, Sheeda. - Kredit foto: Iluminasi.com


Bagi generasi baharu mungkin kurang mengenali Bienda. Dia mula menjadi artis rakaman pada 1997 dan mencuba beberapa genre muzik seperti nasyid, pop etnik, rock dan ‘world music’.

Memakai tudung sejak mula menyanyi, Bienda pernah diberi gelaran ‘Puteri Pop Etnik’.

Bienda merupakan anak kepada anak penyanyi dangdut, Sheeda (Sayyida Beevi M. Shahul Hameed), 58, yang popular dengan lagu ‘Angkat Kaki’ pada tahun 1995. Bapanya Bazli Hussein adalah anggota kumpulan Desire. Sementara emak saudaranya Norseha Hameed terkenal sebagai pelakon pada tahun 1990-an.   

Bienda  mendirikan rumah tangga dengan Kamarul Zariman Abd Rahman pada Oktober 2009 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Lavienda Namiraz serta Laxiendra Namiraz. - KitaReporters

11
11
0
18
0

Copy Link: