SEMUA pihak dalam Keluarga Malaysia wajar terus menghulurkan sumbangan dalam membantu pusat jagaan warga emas khusus yang tidak dikenakan sebarang bayaran untuk beroperasi bagi meneruskan khidmat sukarela menjaga penghuni di situ.

Ahli Parlimen Hulu Langat, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus, berkata sumbangan dalam pelbagai bentuk sama ada berupa barangan seperti makanan dan keperluan asas atau kewangan itu akan membantu meringankan bebanan pusat berkenaan mencari dana.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Keluarga Malaysia

Hasanuddin (tengah) menyantuni warga emas pada Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2022 PJNH.


Menurutnya, pengorbanan pihak pengurusan bersama kakitangan serta sukarelawan menguruskan pusat berkenaan amat disanjung tinggi walaupun warga emas yang dijaga itu bukanlah daripada dalam kalangan keluarga mereka.

Jelasnya, mereka yang mengambil tanggungjawab mengurus serta menjaga warga emas itu daripada tersisih untuk disantuni dengan penuh kasih sayang bukanlah suatu tugas yang mudah kerana memerlukan pengorbanan penuh ikhlas.


Azman (kiri) dan Mohiadin (tiga dari kiri) bersama sukarelawan PJNH merakam kenangan dengan Dr Mardiah (enam dari kanan) pada Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2022 PJNH, di Kampung Sesapan Kelubi, Beranang, Selangor pada 21 Mei 2022.


“Kepada mereka serta pelbagai pihak yang biasa menyumbang atau menginfak pelbagai barangan serta wang ringgit kepada pusat jagaan seharusnya meneruskan usaha murni ini kerana ganjarannya amat besar diakhirat nanti.

“Begitulah juga dengan pusat tahfiz dan rumah anak yatim wajar juga diberi perhatian untuk dibantu kerana pihak pengurusannya turut bergantung kepada dana daripada orang ramai,” kata ketika berucap pada Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2022 Pusat Jagaan Nur Hasanah (PJNH), di Kampung Sesapan Kelubi, Beranang, Selangor pada 21 Mei 2022.

Turut hadir memeriahkan majlis jamuan itu, Timbalan Pengarah Hospital Kajang, Dr Mardiah Masharuddin; Pengerusi Persatuan Kebajikan Mahmudah Malaysia, Azman Rasman; Pengurus Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia (PJMM), Sazali Mohiden; dan sukarelawan daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO).


Azman bersama sukarelawan PJNH bersenda gurau dengan warga emas yang disantuni pada majlis jamuan itu.


Pengerusi PJNH, Mohiadin Bahado, berkata majlis jamuan itu secara tidak langsung mengakhiri kesuraman pusat jagaan berkenaan selepas lebih dua tahun tidak dapat mengadakan sebarang aktiviti membabitkan pengunjung dari luar berikutan pandemik Covid-19.

Menurutnya, apabila mendapat pengesyoran daripada pelbagai pihak terutama penduduk setempat yang ingin menyantuni warga emas di pusat itu kami berusaha untuk mengadakan majlis jamuan berkenaan sekadar termampu.

“Apabila diuar-uarkan banyak pihak pula sanggup menginfakkan bermacam menu dan juadah untuk dinikmati warga emas terbabit bersama-sama waris yang masih ada dan tetamu khusus penduduk sekitar pusat jagaan ini,” katanya.


Sukarelawan PJMM bersorak gembira selepas menjayakan mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri pusat berkenaan minggu lalu.


Sementara itu pada minggu lalu, PJMM di Semenyih dikunjungi hampir seribu tetamu bagi memeriahkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri selepas dua tahun lebih sepi tanpa aktiviti terbuka kepada orang ramai berikutan pandemik Covid-19 itu.

Pengurusnya, Sazali, berkata majlis yang diserikan dengan pelbagai aktiviti bagi menyantuni warga emas di pusat berkenaan seperti juga di PJNH upacara penghargaan kepada penyumbang dan penginfak yang sering menghulurkan bantuan turut diadakan.

“Manakala sukarelawan daripada pelbagai NGO berganding bahu mennguruskan menu serta juadah untuk dinikmati warga emas bagi mengubati kesedihan hati mereka yang tersisih daripada ahli keluarga serta tetamu yang hadir,” katanya. - KitaReporters


Sukarelawan wanita PJMM memeriahkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan pelbagai aksi bagi menghiburkan hati warga emas di pusat berkenaan.

27
13
1
18
1

Copy Link: