Wanita berstatus isteri menjalani hukuman sebat 100 kali  di halaman Pejabat Dinas Syariat Islam, Aceh Timur pada 13 Januari 2022. - Kredit foto: Tribunnews.com


SEORANG wanita yang sudah bersuami menangis kesakitan selepas disebat 100 kali sebatan di hadapan khalayak ramai di halaman Pejabat Dinas Syariat Islam, Aceh Timur pada Khamis 13 Januari 2022 lalu.

Hukuman itu dijatuhkan kepada wanita berusia 35 tahun itu selepas dia mengaku bersalah berzina dengan lelaki lain, manakala pasanganya lelaki yang telahpun mempunyai isteri serta mantan Ketua Agensi Perikanan dan Kelautan di Aceh Timur hanya dikenakan 15 sebatan sahaja setelah tidak mengaku salah.


Lagi cerita-cerita jenayah berkaitan zina


Wanita berusia 35 tahun ini mengaku melakukan perbuatan zina dengan mantan Ketua Agensi Perikanan dan Kelautan Aceh Timur pada 2018. - Kredit foto: AFP



Pasangan tersebut didakwa  mengikut kanun (peraturan daerah) Aceh nombor 6/2014 tentang hukum jenayah.

Wanita berkenaan disabitkan kesalahan berhubung iktilat, khalwat (berduaan dengan pasangan yang tidak sah) dan berzina, sementara itu pasangannya berkaitan iktilat dan khalwat.

Ketua Bahagian Siasatan Am, Pejabat Pendakwaan Aceh Timur, Ivan Najjar Alavi berkata, mahkamah menjatuhkan hukuman berat terhadap wanita  yang sudah bersuami itu selepas dia mengaku bersalah melakukan hubungan seks dengan kekasihnya itu.

"Hukuman 15 sebatan terhadap mantan ketua agensi perikanan itu berikutan tertuduh menafikan semua pertuduhan menyebabkan hakim tidak dapat membuktikan dia bersalah,’’ katanya kepada wartawan seperti  dilaporkan oleh Tribunnews.com pada 15 Januari 2022. 

Ivan Najjar berkata, sebagai hukuman alternatif hakim mahkamah berkenaan mendapati lelaki itu bersalah kerana memberi kasih sayang terhadap wanita terbabit yang bukan isterinya yang sah.


Kredit foto : Tribunnews.com


 

Kredit foto : Tribunnews.com 


Pasangan terbabit ditangkap oleh penduduk kampung selepas disyaki melakukan perbuatan zina di rumah wanita itu di Kecamatan Paureulak, Aceh Timur ketika suaminya tiada pada awal Oktober 2018.

Sebelum itu, pada 21 Jun 2021 mantan ketua agensi perikanan itu dikenakan hukuman 30 sebatan tetapi pelaku itu merayu di Mahkamah Agong Syariah Aceh sehingga hakim memberi pertimbangan hukuman itu dapat dikurangkan kepada 15 sebatan.


 Pemuda berumur 20 tahun dikenakan 100 sebatan akibat melakukan hubungan seks dengan remaja perempuan bawah umur. Kredit foto : Tribunnews.com


Selain wanita berkenaan bersama pasangannya, mantan ketua agensi perikanan itu terdapat seorang pemuda berumur 20 tahun turut disebat 100 kali akibat melakukan hubungan seks dengan remaja perempuan bawah umur.

Pemuda terbabit juga akan turut menjalani hukuman penjara selama 75 bulan atas kesalahan yang sama walaupun dia sudah disebat 100 kali pada 13 Januari 2022.

Aceh merupakan satu-satunya wilayah di Indonesia mempunyai majoriti Islam melaksanakan undang-undang Islam sejak dua dekad lalu yang benarkan hukuman sebat kepada mereka melakukan pelbagai kesalahan bertentangan dengan ajaran agama agama.

Antaranya seperti berzina, perjudian, minum arak serta melakukan seks sesama jenis dan sewaktu hukuman sebat dijalankan masyarakat akan datang menyaksikan hukuman sebatan itu dikenakan ke atas pelaku-pelaku yang melakukan kesalahan serta perbuatan yang ditegah. - KitaReporters


 Kredit foto : Tribunnews.com


Kredit foto : Tribunnews.com

13
11
1
18
0

Copy Link: