SIAPA MUHYIDIN? SIAPA DD CHRONICLE? SIAPA!!

Published by
KitaReporters

Bagi mereka yang aktif dalam media sosial terutama dalam YouTube, channel Dd Chronicle ini tidak perlu lagi diperkenalkan kerana rata-rata pengguna sudah mengenali siapa beliau. Dediy Sulaiman, 40, atau lebih dikenali dengan Dd Chronicle ini sebenarnya sudah lama berkecimpung dalam dunia Youtuber, tetapi bermula 2015, beliau lakukan secara serius. : KitaReporters


Antara video parodi beliau. - Kredit video: Dd Chronicle. 


Pelbagai content telah disediakan oleh beliau di channel youtube miliknya, Dd Chronicle dan kemuncak nama beliau dikenali ketika beliau melakukan satu video parodi berkisahkan 'Siapa Muhyidin' yang dilaungkan oleh seorang gadis yang menyertai satu perhimpunan sebagai tanda protes selepas kerajaan berubah. 

Video yang membuatkan nama beliau makin dikenali. - Kredit video: YouTube Dd Chronicle. 


Sejak itu, Dd Chronicle terus mendapat perhatian netizen dan 'subscribe' beliau terus naik secara mendadak. Malah dalam masa sebulan sahaja, beliau dapat kumpul lebih 100,000 langganan.

Ketika ini, channel miliknya sudah memiliki lebih 188,000 langganan

Youtuber yang dikenali sebagai Brojep juga telah lakukan kajian dan telah memberitahu apa rahsia sehingga beliau mampu mencapai angka tersebut dalam masa sebulan sahaja. 

Kredit video:  YouTube Brojep. 


Sejak itu, beliau seakan-akan memahami apa cita rasa masyarakat di Malaysia dan Dd Chronicle tidak toleh ke belakang lagi, beliau terus memperbanyakkan video berkisahkan parodi dalam channel YouTube miliknya bagi tatapan orang ramai. 

Setakat hari ini, video yang dihasilkan oleh beliau berjaya diterima dengan baik oleh pengikutnya. 

Bilik yang dijadikan tempat rakaman serta suntingan beliau. - Kredit fb Dd Chronicle. 


Apa yang menarik mengenai video parodi beliau yang diangggap lain dari lain adalah, video yang dihasilkan itu seakan-akan memperlihatkan beliau berinteraksi bersama orang di dalam video tersebut. 

Namun begitu, beliau lakukan semua itu hanya editing dan beliau lakukan bersendirian serta bilik di rumahnya dijadikan sebagai tempat rakaman dan suntingan video



Selain video parodi yang dihasilkan ini, beliau juga mempunyai bakat dalam bidang nyanyian

Jika dilihat video 'cover' nyanyian Dd Chronicle, ternyata suara beliau memang lunak dan mendapat pujian daripada pengikut setia beliau.


Antara video nyanyian Dd Chronicle. - Kredit video: YouTube Dd Chronicle. 


Tambah Dd Chronicle, beliau akan meneruskan content parodi dan sketsa pendek yang dilihat berpotensi untuk naik seperti video parodi. 

Pada masa sama, beliau juga akan bereksperimen dengan beberapa content lain bagi memperbanyakkan lagi video di channel miliknya. 

Antara video sketsa pendek yang dihasilkan oleh beliau. - Kredit video: Dd Chronicle. 


Kejayaan yang beliau kecapi ketika ini bukan datang dengan mudah kerana pelbagai cabaran dan dugaan dihadapi sepanjang 10 tahun dalam dunia Youtuber.

Katanya, bagi mereka yang baru berjinak dan ingin menjadi Youtuber yang berjaya, jangan sesekali pernah putus asa, teruskan muat naik video biarpun tidak ramai yang melihat ketika itu.

Konsisten dalam hal ini sangat penting kerana bila tiba masanya, pasti orang akan membuka mata. 

Rezeki sememangnya tidak pernah salah alamat. - KitaReporters

6
1
0
0
0

Copy Link: